Header Ads

Kaio Studio - Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam

Kaio Studio - Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam, Bagi tak tau tentang Kaio Studio ni korang kena baca dan tengok gambar sampai habis. Gambar-gambar yang di hasilkan memang sangat puas hati kerja pun cepat je siap berbeza sangat dengan studio yang saya pernah shoot. Nak minta gambar punyalah susah serah dekat staf buat akhirnya staf pun tak send gambar, dekat sebulan lebih jugalah baru dapat gambar pun bukan banyak sangat shoot masa tu.

Bila shoot dekat Kaio studio, suasana ceria je staf pun sporting. gampar dapat pun cepat. Tak perlu la korang tunggu lama-lama nak dapat. tau kan tunggu tu satu penyiksaan yang sukar kita hadapi. Itu yang saya cadangkan dekat korang semua, kalau ada apa-apa wedding, event ataupun photoshoot datang je Kaio Studio dekat Shah Alam.




Siapa Kaio Studio?

Untuk pengetahuan semua, Kaio adalah nama panggilan seorang jejaka yang bernama Anuar Abdullah. Pada permulaan sebelum mencapai kejayaan, beliau adalah seorang "Wedding Videographer" sahaja. Kemudian, beliau melebarkan sayap ke genre yang berbeza seperti video pendek, fashion, video muzik, filem perkahwinan, majlis korporat, video commercial dan “event coverages”.


Pencapaian Kaio Studio

Kaio studio pernah mambuat sesi penggambaran di Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fashio tanah air iaitu Ezuan Ismail. Ramai juga artis yang telah menggunakan khidmat Kaio studia antaranya ialah Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, dan Anuar Zain.

Selain itu, jenama pereka fashion terkenal juga tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan Kaio Studio seperti Zawara, Wandpa, dan Lyanda Rahim. Gambar dan video yang telah dihasilkan sangat berpuas hati. 


Pengalaman Photoshoot di Kaio Studio

Kalau nak tahu bagi mereka yang tidak pernah datang ke Kaio mereka akan mengatakan hendak cari Studio ni susah kerana tiada banner, tetapi tidaklah susah yang disangka. Sebelum sampai ke Kaio seperti biasa akan Waze terlebih dahulu dan ketika itu hampir bergaduh dengan waze kerana mengatakan telah sampai tetapi tiada petunjuk yang ia telah sampai. 

Apabila sampai di satu bangunan saya whatsapp staf Kaio rupanya ia berdekatan dengan BENs ada satu pintu logo Kaio Studio. Apabila sampai sempat tengok kawasan studio memang luas. Tempat pun kemas dan tandas pula bersih, bila dah selesa photoshoot automatik korang akan buat gaya sendiri tanpa di suruh dan team Kaio biasalah sentiasa ikut kehendak pelanggan.


Team Kaio lebih gemar keaslian gaya yang kita rasa selesa, bayangkan kalau kita buat gaya yang sukar gambar tersebut pasti nampak janggal dan kekok, pernah tak korang rasa macam ni. Bagi mereka yang tak tau nak buat gaya apa, boleh tanya team Kaio idea-idea yang ada dengan mengikut pengalaman mereka.


Kalau yang ada tema sendiri nak photoshoot boleh datang ke Kaio Studio, nak ambil gambar keluarga pun boleh. Bagi mereka yang teringin nak berlakon dan buat short film boleh berbincang dengan team Kaio tentang jalan ceritanya untuk short film tersebut. 




 Ini antara gambar-gambar dari Kaio Studio, memang puas hati sangat bila tengok hasilnya, banyak gambar yang cantik dan tak edit pun dah cantik sebenarnya. Bagi yang nak tengok hasil gambar yang lain dari Kaio Studio boleh ke website kaiostudio.com. Selain gambar, video yang di hasilkan juga bagus dan berkualiti.


Bagi mereka yang tidak tahu, Kaio Studio juga ada buat kelas photographer yang hendak berjinak-jinak jadi photographer tu boleh datang kelas. Ilmu yang di ajar sangatlah berjuna di masa hadapan, dunia teknologi ni sangat membantu bagi mereka yang ingin mencari duit lebih untuk menampung sara hidup.



ini antara TELEFILM KUNTOM lakonan Nora Danish di Kaio Studio, nampak tak ramai artis-artis yang menggunakan perkhidmatan Studio ni, ia sangat popular di Shah Alam Selangor. Kepada mereka yang ingin buat muzik video juga boleh guna perkhidmatan studio di sini. 

Untuk info lanjut:-

Tel            : +60172360966
Email        : kaiocreativestudio@gmail.com
Website    : http://www.kaiostudio.com
Alamat       : KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD 
1-06, Mitea Residence Office, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

15 comments:

  1. amboii cantiknya atehhhhhh

    ReplyDelete
  2. Cantik atehhh. Kurusss jeee. Suka tengok, boleh jadi model lepas ni.

    ReplyDelete
  3. wah wahhh cantiknya kak hazirah. dah macam model, boleh masuk majalah ni hehehe.

    ReplyDelete
  4. wahh hebatlah..mesti kena dtg ni..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya gambar2 dari kaio studio ni.. nampak kualitinya yang tinggi

    ReplyDelete
  6. mrs pip dtg melawat #afbdotmy

    ReplyDelete
  7. Byk kali dgr pasal kaio ni.. tp msih blomm lg bekerjasama.. mybe 1 day

    ReplyDelete
  8. Teringin jugak nak bt photoshoot kt studio.. Hehe terasa ala2 model gitu

    ReplyDelete
  9. Teringin jugak nak bt photoshoot kt studio.. Hehe terasa ala2 model gitu

    ReplyDelete
  10. Comel nampak zira gambar pun lawa tu terbaik photograher tu

    ReplyDelete
  11. cantik2 gambarnya.. TB suka gambar iuzira yg dengan guitar tu.. cantik.. hemm.. iuzura tinggi berapa yea.. dalam gambar ni nampak tinggi dari biasa

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.