Header Ads

Lynnity Makanan Tambahan Daripada Herba Tradisional

Lynnity adalah makanan tambahan daripada herba tradisional , untuk pengetahuan semua kita semua tahu herba memang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Zaman sekarang kita mudah dapat penyakit kerana terlalu banya makanan segera berada di pasaran, walaupun kita tahu ia tidak elok tetapi kita tetap  memakannya kerana ingin cepat dan mengejar masa.

Bagi mengekalkan tudun badan sikit kita juga perlu menjaga kesihatan, dengan makan makanan tambahan daripada Lynnity ia dapat mengekalkan badan kita sentiasa sihat ia adalah herba tradisional yang menggunakan teknologi moden.


Lynnity seperti ladang farmasi kerana terdapat banyak fungsi yang baik untuk kesihatan kita. Kita percaya tumbuhan adalah cara terbaik untuk menyokong kesihatan yang baik dan sentiasa berhasrat untuk menemui kekayaan alam semulajadi yang kita perlu berkongsi dengan semua orang agar kesihatan orang lain juga terjamin. Antara produk yang zira nak try ialah botanic Juice dan botanic Health. 

Botanic Health

Zira suka makanan tambahan lagi pun ia baik untuk kesihatan apabila di hari tua, bila dah tua nanti takdelah sakit sana sini, makanan tambahan dapat memberi lebih bertenaga. Di sebabkan zira tak gemar minum susu dan tak biasa, susu adalah cara untuk menguatkan tulang jika tak minum susu mesti badan cepat lemah dan sakit-sakit. Jadi kena cari dan ikhtiar cara lain untuk kuatkan tulang supaya sentiasa kuat.


Kredit isaactan

Kalau sakit mesti akan bergantung dengan ubat, takkan selamanya nak bergantung dengan ubatkan. Jika cuba minum botanic health sachets tak ada kesan sampingan yang tidak diingini pada badan. Badan pun sihat serta bertenaga terutamanya apabila kerja waktu petang mesti mata mula mengantuk badan pun rasa lemah je.

Kredit syafierayamin

Terdapat pelbagai produk kesihatan di lynnity sebab itu ramai yang mengatakan ia ladang farmasi. Sebagai seorang manusia kita mesti nak makan makanan yang sedap-sedap sehingga lupa jaga kesihatan. Anda jangan lupa botanic health adalah minuman kesihatan yang pantas juga hanya buka sachets dan bancuh dengan air, kemudian minum senangkan.

Memang selama ini zira cari makanan tambahan untuk kuatkan tulang, memang bersyukur sangat jumpa botanic health ini tak perlu minum susu. Zira kalau minum susu mesti rasa nak muntah tau bau pun tak boleh apatah lagi minum. Sebenarnya risau juga kalau mengandung nanti mesti kena minum susu nak bagi anak kita kuat tulang.

Kredit syafierayamin

Produk kesihatan dari Lynnity bagus kerana ia dapat membantu kuatkan sistem imun, meningkatkan metobolisma dan menjadikan tubuh badan sentiasa sihat. Orang muda perlu jaga kesihatan dan tulang lebih sebab mereka banyak menggunakan tenaga untuk menguruskan kerja harian.

Kebaikan Botanic Health
  1. Tahap kesihatan tulang dan sendi menjadi lebih baik
  2. Menbaikpulih dan mengekalkan kesihatan tulang dan rawan
  3. Dapat mengurangkan sakit dan keradangan
  4. Pergerakan fizikal dapat di tingkatkan
  5. Kolestrol, tekanan darah dapat dikawal serta meningkatkan Kesihatan kadiovaskular.
Satu kotak terdapat 15 sachets/20 gm setiap satu, ia mempunyai kalsium yang tinggi jadi sesuai bagi mereka yang ingin mengelakkan tulang rapuh serta gigi hilang. Sukar untuk jaga tulang jika ia sudah rapuh kerana mengambil masa yang lama untuk baik. jadi cara yang elok cegah sebelum terkena. 

Botanic Juice

Botanic Juice mudah je nak minum, zira memang suka minum jus terutamanya jus mangga. Bila minum waktu cuaca panas. Masya'allah rasa nikmat tak terkata dapat minum jus dan dapat legakan tekak dari kering. Kandungan botanic juice ialah pineapple, black ginger dan gotu kola. 

Kredit jessicatjs

Cara pengambilannya ialah minum satu hari sekali, ambil selepas sarapa atau makan tengahari.
Mungkin ia ada rasa herba kuat sedikit kerana terdapat black ginger. Gabungan buah-buahan dan herba memberi kesan pelangsingan, bagi mereka yang ingin menurunkan berat anda boleh dapatkan botanic juice, lepas ni tak perlu risau lagi dengan berat badan.

Kelebihan Botanic Juice

  1. Pembakaran lemak
  2.  Detoksifikasi badan (keluarkan toksik dalam badan anda)
  3. Meningkatkan metabolisme (meningkatkan peredaran darah)
  4. Membantu sistem pencernaan dan sistem imun
  5. Perlu untuk penyingkiran penampilan selulit

Anda boleh menggunakan cawan yang di sediakan, makan 1 atau 2 cawan selepas sarapan atau makan tengahari. Boleh campur dengan sedikit air kerana ia pekat, apabila anda telah mencuba tandas adalah tempat persinggahan yang perlu anda pergi kerana akan kerap ke tandas. kemudian badan anda akan rasa ringan apabila segala mak nenek toksik sudah di keluarkan. 

Jika diberi pilihan, antara produk yang zira nak try ialah Botanic Health, Lynnity Relief (Pure Therapeutic-Grade Essential Oil ) dan Specialty Coffee: Instant Black Coffee. Sebenarnya tak tahu nak pilih yang mana tapi zira rasa ini yang sesuai untuk cuba.  Bagi mereka nak tahu info lanjut boleh ke website tersebut. 


Website : www.lynnity.com/
Instagram : @lynnityhealth

1 comment:

  1. done follow,follow me back http://www.pokucu.com/ ...

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.