Header Ads

Enchanteur Keanggunan Mempesonakan

Enchanteur Keanggunan Mempesonakan, dari dulu zira memang suka wangian enchanteur wangian dia lembut je walaupun baunya berbeza-beza, ia juga tahan lama kadang terlupa bawa minyak wangi tak risau. Biasa kalau kita berpeluk bau badan kita lain dan bertambah masam sebab bercampur dengan peluh, tapi bila guna enchanteur ni memang rasa wangi je.



Haruman enchenteur sesuai untuk semua peringkat umur, wanita yang memakai haruman lebih sensual dan menarik kerana apabila lalu depan orang ramai bau haruman minyak wangi rasa nyaman dan itulah yang menyebabkan ia ramai lelaki tertarik dengan haruman yang lembut daripada enchanteur. 


Aura setiap bau berbeza-beza tetapi semua aura wangian tetap sentiasa menjadi tarikan yang mempersonakan, minyak wangi kegemaran zira ialah warna peach sebab baunya lembut serta menenangkan. Terdapat satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan ia adalah gabungan blackcurrent Bud dan Prasberry membuatkan ia begitu istimewa, bunga turkish rose, gardenia dan sandalwood sangat sesuai untuk bau yang menyegarkan badan. 


Bagi sesiapa yang pakai pasti menyerlahkan penampilan dan personalitinya, selain itu ia juga mempunyai rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari. ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung.


Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis. Mesti sweet kalau ada suami yang hadiahkan set Enchanteur untuk isterikan, kemudian suasana automatik jadi romantis dengan semburan enchanteur. Zira memang suka kalau dapat set Enchanteur sebagai hadiah, kalau dapat ini pun hati dah berbunga-bunga seeperti gabungan enchenteur.


Harga pasaran sangat berbaloi bagi sesiapa yang ingin dapatkannya dengan segera, lagipun baunya seperti harga ratusan ringgit tau. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR.

Website: www.enchanteur.com.my 
Facebook :  www.facebook.com/EnchanteurMY

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.