Header Ads

Tips Kecantikan l Atasi Masalah Kulit Berminyak.

Tips Kecantikan, Atasi masalah kulit berminyak. Tips ini anda tak perlu susah0susah keluarkan kos yang banyak. Pergi dapur je dan boleh lakukan tips ni, sangat mudah dan berkesan jila lakukan dengan konsisten. Sekurang-kurangnya anda boleh lakukan 2-3 kali seminggu.


Cara-cara atasi masalah kulit berminyak

1. Ratakan susu plain dengan menggunakan kapas di keseluruhan wajah. Diamkan beberapa saat lalu bersihkan dengan menggunakan air hangat. Lakukan secara konsisten untuk dapatkan kulit yang baik, susu adalah anti-asid yang sangat baik dan penuh dengan nutrien.

2. Kacau putih telur hingga berbuih lalu ratakan pada wajah secara merata dapat menguran
gi minyak berlebih di wajah. Ramai sebenarnya menggunakan putih telur untuk kecantikan kerana ia adalah sumber protein yang tinggi manakala kuning telur pula mengandungi banyak lemak.


3. Selain bermanfaat untuk menghilangkan jerawat dan membuat wajah tampak cerah, lemon juga dapat dijadikan masker wajah untuk kulit berminyak. Caranya, perah lemon secukupnya lalu ratakan ke seluruh wajah menggunakan kapas. Diamkan 15-20 minit lalu bilas dengan bersih.

4. Blender mentimun lalu jadikan masker pada wajah selama 30 minit. Pori-pori tersumbat di sebabkan bakteria. Timun juga mampu memberi tonik pada wajah dan atasi jerawat.

5. Campurkan tepung beras dengan air dan jadikan masker selama 20 minit. Tips ini dulu zira pernah buat, bagus tips ni tapi kena rajin. Dulu mana da duit nak beli produk pakai tips jimat ni la nak bagi kulit cantik, mak guna tepung beras buat kuih, yang zira pula pergi buat masker masib baik sikit je mak pun tak tau kalau banyak kena guna mesti dah kena marah.

6. Gunakan buah avocado yang sudah dihaluskan menjadi masker, lalu biarkan selama 30 minit. Ramai yang bagitau buah ni bagus tapi zira tak pasti dekat Malaysia ada ke tak buah bi sebab zira tak pernah jumpa yang tau dekat indonesia ada.

Campuran yang sesuai untuk kulit anda

  • Masker putih telur dengan madu untuk kulit normal
  • Masker Alpukat dengan putih telur untuk kulit kering
  • Masket putih telur dengan lemon untuk kulit berminyak
  • Masker putih telur dengan timun untuk kulit jerawat
Kredit Nana Robil

2 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.