Header Ads

Tudung Serap Peluh Sports Hijab By Nurd

Tudung serap peluh sports hijab by Nurd, Siapa yang gemar melalukan aktiviti luar atau yang aktif perlukan tudung yang sesuai untuk menutup aurat. Jika tudung itu jenis yang mudah terbang dan terselak. Tentu rasa tak sesuai dan selesa bila kita pakai untuk bersukan kerana aurat telah terdedah. Risau pula ada free show, elok-elok sorang pakcik jogging ke depan tiba-tiba terlanggar pokok sebab tudung terselak, tak ke serba salah jadinya kitalah penyebab dia jatuh terlanggar pokok walaupun tak sengaja.


Ada juga yang jadikan alasan malas senam sebab takde tudung sesuai. Kita sepatutnya tidak boleh berfikir begitu sebab senaman penting untuk kesihatan badan, sekarang pelbagai jenis tudung sudah ada di pasaran tinggal pilih saja. Bagi mereka yang tak tahu tudung yang macam mana sesuai, zira sarankan anda pakai tudung Nurd.

Tudung Nurd adalah di reka khas yang sentiasa nak cepat dan aktif. Kalau lakukan aktiviti luar mesti berpeluh ialah menyebabkan kita tak selesa terutamanya aktiviti pada musim panas. Apabila pakai Nurd pasti pemakaian anda nampak lebih kemas kerana ia tidak mudah kedut, anda boleh pakai semasa beryoga, jogging, mendaki dan wall climbing. tudung sukan ini boleh menyesuaikan diri kepada pemakai.



Reka bentuk ini di buat daripada lapisan NURD Ultra-Light Microfiber Mesh yang tahan lama, membolehkan pemisah yang optimum dan menggalakkan pergerakan fleksibel. Mesh juga sejenis fabric yang boleh diregang, jadi apabila digabungkan dengan mengikat elastik, ia membolehkan fit peribadi yang menyesuaikan diri anda. Tudung sukan ini terdapat dalam 3 warna hitam, biru laut dan kelabu. Freedom mempunyai reka bentuk tudung klasik dengan sentihan moden.

 CIRI-CIRI TUDUNG NURD 
  • Ready-to-wear
Tidak memakan masa lama untuk di pakai. Sekarang ramai yang nak cepat untuk ke destinasi memang sesuai gayakan tudung Nurd lagi pun ia hanya mengambil masa 3 minit untuk di pakai. Biasa yang bergelar mak-mak nak cepat jadi inilah pilihan tepat gayakan tudung nurd.
  • Tiada Pin dan Ikatan
Wanita suka beli pin walau banyak macam mana pin mesti pin akan habis, jadi dengan memakai tudung Nurd anda tidak perlu pakai pin atau ikatan langsung, selamat di gunakan untuk aktiviti luar yang lasak. Tidak perlu risau tercucuk jarum pin atau pin terbuka semasa menguap.

  • Ringan
Pergerakan anda tak terhad jadi boleh bergerak bebas kemana saja yang anda suka. Sesuai digunakan dalam iklim tropika.
  • Cahaya Reflektor
Bertindak langkah berhati-hati pada wakti malam.
  • Menyerap Air
Bila anda mandi di sungai atau kolam renang, tudung Nurd cepat kering dan tak basah.
  • Pengeringan Cepat
Bahan bernafas yang membolehkan aliran udara mengeringkan kelembapan.


  • Kain Tahan Lama - 100% Polesster
Fleksibel dan tahan kedutan dan mengecut.
  •  Sesuai Untuk Semua Aktiviti Sukan
Joging, Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Skuasy dan lain-lain. 

Kepada sesiapa yang ingin dapatkan tudung Nurd, anda boleh ke website untuk pembelian, tudung serbaguna ini anda boleh pakai kemana saja. Ia juga memberi memberi bentuk muka yang cantik seperti bujur sireh kerana ia membuatkan wajah anda V shape, Selain itu boleh juga di jadikan inner tudung. Untuk maklumat lanjut sila ke info di bawah:-


7 comments:

  1. sesuai sangat zira pakai tudung ni.. cantik la zira pakai..kain dia sejuk..kan??

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya tdung ni. skrg CR tgh nk rajinkan diri bersenam,mmg ptut ada sehelai tdung cam gini

    ReplyDelete
  3. Ringan tu mmg terbaik...kalau dulu selalu jugak cari tudung travel sbb malas nak gosong..yg ni pun ok kalau buat tudung travel..

    ReplyDelete
  4. Terletak jer tudung dia.. Boleh usha nanti nampak menarik nak guna untuk riadah pulak tu..

    ReplyDelete
  5. Rasa nak kena beli la satu nanti.. Senang kalau nak gi mandi kolam..

    ReplyDelete
  6. Macam best ja, nanti nak beli habuan joging dan hiking..

    ReplyDelete
  7. Nampak selesa je zira pakai tudung tu.
    Bagus juga suggest pada muslimah yang suka bersukan tu kan. Kalau tak kena gaya, kdng2 boleh buat sakit kepala kalau tudung jenis tak serap peluh ni.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.