Header Ads

Pengalaman shopping di Zalora Malaysia

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, mungkin ini rezeki tahun baru yang aku tak sangka akan dapat. Terima kasih kepada Zalora yang sanggup kerja sama walaupun aku masih orang baru dalam dunia Blogging. Terus terang aku katakan sebenarnya aku tak berminat shopping online ni tapi di sebabkan harga murah dan ia sukar untuk dapatkan tempat lain itu yang membuatkan aku terjebak nak shopping online " susah kalau dah ketagih" jari ni asik nak klik web barangan online jer. 

Sukar kepada penggemar kaki shopping untuk berhenti shopping online, kalau dah terjebak dengan benda yang kita suka jangan sesekali nak mencuba, melainkan anda tidak berminat nak shopping dan hanya cari pengalaman. Bila dapat Job daripada Zalora iaitu Fesyen terkini 2014, aku pun mencuba nasib dengan membuat entry yang membuatkan korang boleh praktikan zaman sekarang. Fesyen terkini yang nampak berkeyakinan untuk memakai pakaian lebih moden.

Zalora beri penghargaan berupa voucher tapi dia bagi melalui email. Alamak,  voucher  biasa pun kekadang aku tak brapa reti guna inikan pula bagi email. Demi minat akan fesyen terkini aku pun cuba tanya beberapa orang yang sanggup berkongsi pengalaman dorang shopping online serta cari link cara-cara shopping di Zalora. Akhirnya dapat juga link yang aku cari untuk shopping pepagi buta.  

Ada yang mengatakan kalau dapat voucher tak semua pakaian boleh pilih, tapi sekurang-kurangnya korang boleh cari pengalaman shopping di hujung jari macam aku, sanggup bersekang mata demi mencari pakaian yang cocok untuk tubuh badan aku yang comel ni sampai 3 ke 4 jam la juga pilih pakaian asik tak cocok je walaupun banyak pilihan bukan senang nak pilih yang berkenan dihati. 


Bayangkan kalau shopping dekat shopping komplek mesti dah lenguh kali berjalan cari baju tak jumpa-jumpa. 

CARA ORDER BARANG DI ZALORA
  • Mula-mula korang kena pilih pakaian atau barang yang berkenan dihati 
  • kalau beli pakaian pilih saiz yang sesuai dulu baru boleh order.
  • Lepas pilih saiz klik add to bag
  • Sapa yang ada voucher boleh guna dan klik dekat gift card or promo code lepas tu apply.
  • kalau tak puas nak beli belah klik continue shopping.
  • Lepas dah puas pilih barang klik secure checkout 
  • Seterusnya tunggu email dari Zalora. Oh ya, sebelum shopping di zalora korang kena daftar dulu baru boleh bersekang mata shopping pepagi buta .

Untuk tengok dan mengetahui takde charge tambahan bila guna voucher korang boleh tengok dekat jumlah akhir pastikan ia RM0.00

Ada satu benda nak bagi tau, kalau beli barang Rm50 keatas free shipping. Jadi, shopping Rm50 keatas jika nak lebih jimat tapi kalau Rm50 kebawah kena tambah Rm5 untuk penghantaran.


Inilah barang dari Zalora, memang cepat pihak zalora hantar dalam dua-tiga hari je cepatkan. 

Terima kasih Zalora Malaysia beri aku pengalaman shopping dihujung jari. Konon-konon nak tengok je dulu, alang-alang dah minat barang tu terus shopping takut sold out nanti ada orang update entry sampil nangis pula habis banjir bilik ni.



Pakaian yang aku pilih di Zalora ialah Baju Kurung Kafiyaa Amni dan Selendang Neena Paisley tak sabar nak pakai baju tahun baru. 

Andai boleh kongsi gembira dan perasaan ni apabila dapat barang kesukaan sudah lama aku kongsi dengan semua, apakan daya aku mampu kongsi pengalaman je dengan korang. Tak pernah dapat pakaian dari sesapa pun itu yang buat aku terharu terima kasih Zalora bagi voucher dan beri peluang shopping online. T_T terharu niiiii. 


22 comments:

  1. Ena tak pernah lagi bershopping kat zalora.. hurmm dah lama teringin... nanti la nak torai.. baca entry akk ni makin tertarik ena nak beli belah kat zalora

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun first time shopping online, syok dapat pilih barang yang kita suka

      Delete
  2. syira pernah shopping ! guna voucher..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestkan, nak tau ada diskaun pun senang

      Delete
  3. Memang best shopping kat Zalora ni. Sy first time shopping guna voucher, mmg teruja giler. hehe
    Jemput singgah : fatihahazanan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. best zalora bg voucher kepada pelanggan baru

      Delete
  4. Wahhh. tahniahh ^__^ saya hari tuu ambik kasut. kebetulan sangat kasut dah nyawa nyawa ikan masa tu. hehehe. jom join segmen anjuran saya ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, tahniah tetiba teringin pulak nak kasut

      Delete
  5. hehehhe..baru lepas shopping td. hik3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti bestkan shopping online tinggal tunggu brg sampai je

      Delete
  6. masa tu onie shopping kat zalora gak,alhamdulillah barang selamat sampai dan servis ok ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, murahkan barang-barang dekat zalora

      Delete
  7. saya belum ada pengalaman membeli belah di zalora, mungkin kena cuba sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput cuba, banyak barang yang kita boleh pilih

      Delete
  8. Ini sangat menarik hehe.nak try juga nanti. Sila singgah blog saya ye. http://supplementchantik.blogspot.com/2015/02/the-big-bad-wolf-fire-sale-miecc.html?m=1 done follow

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. nak cuba pun boleh, jemput shopping

      Delete
  10. lama dah xshopping di zalora... ni yg nak mula shopping lg ni. ish.... nyesal baca tau. hahaha... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, ni pun first time mencuba

      Delete
  11. Nak tanye ...kalau kita pakai cash on delivery agak2 berapa bayaran ?

    ReplyDelete
  12. Saya jumpa kedai baju laki yang murah dekat www.ellemaristore.com

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.