Header Ads

Amalan Berpantang Selepas Bersalin

Amalan berpantang selepas bersalin, walaupun sekarang sudah zaman moden tetapi amalan berpantang secara traditional ramai yang masih amalkan untuk kekal sihat. Penjgaan diri bagi Ibu selepas bersalin ada juga masih di amalkan seperti berbengkung dan berurut.

Amalan ini adalah untuk memastikan urat-urat kita dalam keadaan baik, orang kata wanita selepas bersalin banyak urat putus terutama bila lahirkan anak lelaki, walaupun tempoh pantang agak bosan dan pergerakan terbatas tetapi ada juga yang boleh lakukan aktiviti harian dengan baik.

Gambar sumber google 

Anda perlu berpantang dan jaga betul-betul supaya kesan mungkin anda akan rasa sakit badan dan sebagainya. Kita tidak tahu keadaan sekarang baik tetapi pada masa hadapan akan terasa lenguh-lenguh dan sendi serta otot, pinggang akan rasa length.

Antara perkara yang perlu di jaga adalah:-

1. Ikan 

Ramai yang tidak tahu bagi mereka yang berpantang di larang makan ikan masin. Kita di galakkan makan ikan segar supaya ketahanan fizikal kuat. Anda juga perlu mengelakkan ikan berbisa bagi mengelakkan bent an pada rahim. 

2. Ulama dan sayur-sayuran

Kita memang tahu ulam bagus untuk tubuh badan kita, bagi mereka yang berpantang anda boleh makan ulam seperti lengkuas, bunga kantan dan halia. Ulam ini terdapat zat mineral serta vitamin A, C dan E. 

Selain itu, anda boleh makan ulam yang sesuai di makan antaranya pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun pudina dan cemumur. Bukan semua anda boleh makan, untuk mengelakkan badan masuk angin anda di larang memakan sayur menjalar kangkung, timun dan sayur keladi. 

3. Minuman

Dalam pantang anda perlu elakkan minum air sejuk, bergas serta tajam seperti tebu. Minuman ini di larang kerana boleh mengakibatkan sakit sendi, otot dan lemah sendi. 

4. Urutan tradisional

Urutan dapat membantu aliran darah dan angin. Ia juga dapat melawaskan nifas dari pada tersekat, Urutan juga dapat menenangkan emosi serta melegakan tubuh badan. Di larang menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu kerana ia masih lemah, luka dan bengkak. 

Anda hanya boleh urut di bahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari siku ke bahu. Selepas 2 minggu baru di bolehkan urut bahagian kedudukan rahim. Anda boleh memperbetulkan kedudukan rahim jika ia lari. 

5. Berbengkung

Ramai yang beranggapan memakai bengkung adalah untuk kekalkan badan langsing selepas bersalin tetapi sebenarnya ia juga adalah untuk mengelakkan masuk angin di liang-liang perut serta dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor. 

Bengkung yang baik ialah menutupi paras bawah dada hingga ke pinggul kerana dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Anda juga di galakkan memakai bengkung setiap masa dan boleh di tanggalkan ketika mandi. Ia boleh mula di pakai dari hari ke 4 sehingga habis tempoh pantang. 

Sebenarnya amalan berpantang ini perlu di lakukan bagi wanita selepas bersalin. Berpantang telah di lakukan sejak turun temurun seperti tradiri orang melayu. Ia juga untuk mengekalkan badan sihat dan bertenaga. 

8 comments:

  1. Betul yang uzira share pasal amalan berpantang ni.. Kalau tak berpantang nanti dah tua habis sakit badan dan macam-macam mak mentua Cik Ash dia bgitaw dia jadi gitu sebab tak berpantang

    ReplyDelete
  2. Tempoh berpantang ni paling suka sbb kena jgn pemakanan dan badan..wajib kena ikut x boleh ngelat..kalau langfar abislah nti tua badan dh mula sakit2

    ReplyDelete
  3. Walaupun belum berkahwin, tapi info2 ttg pantang bersalin ni memang kena tau jgk kan.. Atleast bila khwn dan beranak kita tau apa yg blh diambil dan tidak

    ReplyDelete
  4. Thanks for the sharing, now I know that there are so many things to do and follow during confinement month.

    ReplyDelete
  5. Best berpantang ni sebenarnya walaupun banyak pantang larangnya. Macam berbngkung, apa yng kita perasan bila pkai dia mcm menguatkan bhgn pnci kncing kot mcm tu. Kalau tak berbngkung, kerap sngt rasa nk terkucil.

    ReplyDelete
  6. terbaek.. semoga dipermudahkan ibu2 yg tgh berpantang..

    ReplyDelete
  7. Tips yang baik untuk mereka yang bakal berpantang dan sedang berpantang

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.