Header Ads

Kitsui Generation 3 Colla Membantu Mengatasi Kulit Bermasalah

Kitsui Generation 3 Colla Membantu Mengatasi Kulit Bermasalah, Manusia normal mesti ada masalah kulit sama ada masalah biasa ataupun masalah kulit sensitive. Cuaca Malaysia yang sentiasa berubah-ubah juga adalah salah satu faktor membuatkan kulit kita bermasalah tapi jika di biarkan mungkin sukar di atasi sebab itu jika kita sedar apa masalah kulit kita hadapi, anda boleh segera cari produk yang sesuai dengan masalah kulit anda.


Dulu Zira bangga kulit cantik licin, tak ada pun kulit bermasalah tapi bila usia makin meningkat makin lama kita akan hadapi kulit bermasalah. Bab makan ni Zira bukan seorang yang memilih sebab Zira sedar bukan orang senang nak makan sedap-sedap sehingga perlu memilih makanan tapi faktor makanan juga cenderung kepada masalah kulit.

Jika anda perasan selain masalah kulit berminyak, zira mempunyai masalah tone kulit tidak sekata jadi kalau nak pakai makeup kena pakai rata kalau tak muka tompok-tompok macam taik unta, haha. Eh, tapi muka Zira tak sama dengan taik unta ya. Zira nak cadangkan kepada anda produk yang sesuai dan mempunyai masalah sama dengan Zira iaitu Kitsui Generation 3 Colla.



Banyak kelebihan dan masalah yang anda boleh atasi jika amalkan produk Kitsui Generation 3 Colla, ini adalah suplement kecantikan untuk mereka nak nampak cantik dan yakin. Produk keluaran dari Asia Pacific Super Health Brand ini diproses di kilang bertaraf GMP, ianya juga diadun dari 5 bahan-bahan botanical utama dan ada kelulusan KKM, ramai yang memberi testimoni yang positif kerana berjaya mengatasi kulit bermasalah.

KELEBIHAN GENERATION 3 COLLA
  • Mengatasi masalah strechmark
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi masalah kedutan halus
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Mengatasi masalah kulit kering
  • Menegangkan serta menggebukan kulit wajah
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengatasi masalah tona kulit tak sekata
  • Mencantikkan rambut dan kuku yang tidak sihat
Cara Pengambilan

Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik. Jika anda goncang atau gaul tidak rata ia akan berketul-ketul.


Tips/Pantang
  1. Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
  2. Elakkan pengambilan KAFEIN sebab boleh mempercepatkan penuaan.
  3. Masa PERIOD anda boleh stop sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.
  4. Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/klinik.
  5. Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa-apa jenis produk/supplement/jamu lain.
  6. Sesuai diambil selepas kandungan/baby yang berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung/ ibu mnyusu.
  7. Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung. 
  8. Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter untuk kesan terbaik.
  9. Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk.
  10. Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.
  11. Boleh bancuhkan dengan AIR SUAM, AIR BIASA ATAU AIR SEJUK  tapi pastikan betul-betul LARUT dulu sebelum minum.
  12. Produk ini sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur. (waktu yg dicadangkan ialah sebelum tidur sebab penyerapan waktu malam lebih tinggi)
Harga Kitsui Generation 3 Colla sangat berbaloi iaitu RM38.80 sekotak. Anda juga boleh dapatkan juga di HQ Kitsui dengan harga RM37.00 termasuk postage sm/ss. Anda juga boleh dapatkannya di watson dan Guardian lebih cepai dapat dan amalkan.

Hotline: +6 03-7666 1129

1 comment:

  1. boleh try ni sebab kulit sha mcm ada yang tak kena sejak kebelakangan ni


    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.