Header Ads

Pengalaman Sakit Urat Salah Bantal Atau Salah Tidur

Pengalaman sakit urat salah bantal atau salah tidur, bila sakit urat bahagian leher mesti orang kata salah bantal atau tidur tak betul. Zira suka tidur mengereng mungkin itu sebab faktor utama sakit urat bahagian leher.

Biasa kalau orang tidur mengereng, lepas tu mereka akan ubah kedudukan menyiarap, menelentang tapi Zira ni berbeza bila tidur mengereng sampai pagi mengereng je, kalau mengereng belah kanan tak ada ubah kedudukan mengereng belah kiri pula mungkin bahu jadi lenguh dan akibatnya urat pula jadi mangsa.


Gambar google

Dalam gambar tu, memang bahagian urat situ Zira sakit, walaupun sakit leher tapi ia beri kesan kepada bahagian belakang bahu akibatnya bahagian belakang bahu bengkak dan urat jadi keras dan tegang. 

Memang perit bila sakit leher nak toleh sikit pun tak boleh sebab sakit. Sebenarnya sebelum ni pernah sakit leher tapi tak adalah seteruk ni start makin sakit bila nak sikat rambut sebab kita angkat tangan terus urat lari.

Pagi tu tetap pergi kerja macam biasa walaupun sakit, Zira ni jenis malas nak ambil mc lagi pun dekat ofis tak adalah banyak kerja sebab tu pergi ofis juga. Bila dah lama dekat ofis mungkin masa tu urat makin membengkak sebab Zira biarkan je.

Dah tak tahan

Masa ni memang sakit sangat lintas jalan pun toleh macam robot takde leher, istifar sekejap banyak ke Aku buat dosa? Ha, bila sakit baru ingat dosa, pahala. Lepas rehat ingat nak kerja setengah hari balik awal tapi tak jadi. Waktu rehat pun Zira makan keropok lekor je buat alas perut.

Lepas masuk ofis balik, memang tak sabar tunggu balik nak telefon tukang urut. Zira pergi urut lepas magrib. Tukang urut ni dia buta sebab kemalangan tapi dia urut memang power sedap-sedap sakit. Adeh, memang sakit bila urut tapi lega lepas urut.

Zira panggil kak Yati, katanya urat Zira dah bengkak jadi masa urut memang sakit urat pun keras dan dah tegang. Jadi, kak Yati suruh tahan nak bagi urat tu lembut sikit. Lepas urut baru boleh toleh kiri kanan tapi bukan 90' tau. Sebelum ni mampu jeling je tengok kiri kanan memang bahaya tak pun pandang kiri kanan macam robot.


Gambar google

Urat dah lembut, baru boleh gerak kan bahu tapi angkat tangan tak boleh sangat masih sakit, sikat rambut belah kiri tak boleh belah kanan okey sikit. Nak ikat rambut Zira minta tolong adik. Dia yang ikat kan rambut sebab masih sakit tapi katanya saja jer nak mana-mana dengan dia,huhu.

Keesokannya tetap pergi kerja lagi pun dah okey sikit walaupun sakit ke sebenarnya Zira gila kerja tau sakit tetap pergi. Malam ni nak pergi urut lagi nak bagi urat tu betul-betul lembut. Bila bengkak dah susut sikit cepat sikit baik, nak lintas jalan pun senang.

Doakan cepat baik. oh ya, masa Zira sakit leher ni nak tidur pun susah kali ni tidur menelentang pula memang tak gerak-gerak la orang sakit leherkan mana nak toleh kiri kanan tapi zira tidur menelentang kena letak bantal atas badan elakkan kena tindih.

Dulu selalu tidur menelentang, tapi kerap kena tindih dengan something sejak tu rasa macam taknak tidur nampak bayang-bayang hitam nak panggil nama orang pu tak boleh macam di sekat suara. Lama-lama hilang bila Zira paksa diri panggil nama "Allah" dan "Istigfar" sejak tu kalau tidur telentang Zira letak bantal.

Tapi bila tidur mengereng lain pula jadinya, salah bantal. Ada kawan bagitau tip nak kurangkan sakit, bantal jemur bawah matahari Zira tak taulah untuk apa, mati kan kuman kot. Anda pernah tak salah bantal? Apa tindakan yang anda buat.

1 comment:

  1. Rabia pernah kena salah tidur.bangun pagi esok.fuhh sakit sangat

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.