Header Ads

Restoren Sisik Ikan Bakar Ada Sotong Besaq Baq Hang!!

Restoren Sisik Ikan Bakar Ada Sotong Besaq Baq Hang. Ramai ke yang suka makanan hidangan melayu? Restoren ini adalah 100% milik muslim yang pasti ia halal dan rasanya pun sedap. Restoran ini lebih kepada makanan laut kalau anda nak makan steamboat mereka juga ada sediakan set steamboat.

Mereka juga menyediakan ikan bakar, ini adalah menu yang terlaris di restoren ini tapi apa yang zira paling suka sotong bakar bersama sambal rasa sotong tak terlalu liat dan mudah di kunyah sambal pula tak pedas rasa sedikit manis, pendapat zira budak pun boleh makan. Paling puas hati tengok saiz sotong juga besar.



Sebelum share pengalaman makan di restorent sisik lagi, Zira nak cerita serba sedikit tentang restorent ini, dulu di kenali Resepi Warisan Tok di tubuhkan tahun 2013 kira dalam 6 tahun. Pada mulanya ia di buka waktu siang tapi sekarang kalau nak makan waktu malam pun boleh sebab mereka buka sehingga malam, jika datang malam banyak parking.

Makanan laut yang di sediakan juga segar-segar sebab itu rasa manis ikan, kepah dan makanan laut yang lain juga sedap-sedap. Ulam-ulaman juga tiada yang layu seperti baru di petik di kebun sayur jadi khasiat sayur dan makanan yang anda makan memang elok. Ikan dekat restoran ni segar bila anda datang sini, boleh spotcheck sendiri mata ikan biasa orang kata ikan kalau mata merah itu ikan lama tapi bila anda datang sini semua ikan mata segar dan cantik macam baru ambil dari laut, dah macam cikgu buat spotcheck.


Udang goreng berempah yang menggunakan rempah-rempah melayu. 

Ia menggunakan cili hijau, rasanya pior melayu siapa suka makan makanan melayu boleh order rasanya agak pedas sedikit. 




Selain itu, ada juga hidangan nasi lemak buluh perindu cara masakannya unik sebab ia di masak di dalam buluh dan di balut dengan daun pisang. Jadi, aroma daun pisang bila anda makan pasti rasa sedap di tambah pula dengan rasa sambal yang lengkap hidangan nasi lemak tersebut makin menyelerakan.

Jika tekak teringin rasa asam pedas anda boleh buat pesanan, zira ada juga rasa asam pedas boleh tahan tapi rasanya agak berbeza sedikit dengan zira masak, air tangan tukang masak dengan zira yang jarang masak, memang berbeza. Ok, rasa asam pedas di boleh buatkan anda nak repeat order.




Stim limau mereka akan buat ikan singgang pedas. Anda boleh minta apa-apa jenis ikan untuk makan stim limau. 

Ini adalah sotong bakar madu dengan rempah yang special, dan ia bukan sambal tumis biasa terdapat 5 jenis daun yang di campur dalam pes untuk menjadikan hidangan lebih sedap. 

Restoran ini betul-betul berdekatan dengan GM Klang, bagi yang dah penat shopping boleh la makan dekat sini. Nak cari restorent ni pun mudah dari jauh boleh nampak signboard Restoran Sisik Ikan Bakar. Ikan bakar dekat dekat sini pun besar dan boleh kongsi 2 ke 3 orang tau. Banyak menu yang di sedia di sini, bagi yang nak makan makanan bergoreng waktu malam pun boleh seperti nasi goreng dan sebagainya.




set menu masakan ala kampung
Hidangan ini anda boleh makan ramai-ramai, sebab ini lebih jimat dat terdapat hidangan set kalau yang nak buat reunion memang sesuai sangat ambil hidangan ini jadi anda boleh rasa makan hidangan ala kampun yang di sediakan di restoran sisik ikan bakar. 



Dari sini dah boleh nampak ikan tu segar-segar dan besar baq hang, makan sorang tak habis rakan ramai-ramai puas hati. orang kata kalau makan sorang ni selera kurang jadi kena ajak rombongan cik kiah baru ada selera nak makan. okey, inilah owner Restoran Sisik Ikan Bakar. Bagi yang berhasrat nak datang anda boleh ke lokasi Gm Klang iaitu:-


RESTORAN SISIK IKAN BAKAR
No 32, Jalan kasiarina 1/ks7, Bandar Botanic,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi:
8.00 Pagi-4.30 petang : Masakan Melayu Asli
5.00 Petang-12.30 Pagi : Masakan Berasaskan Makanan Laut

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.