Header Ads

Pengantin PKP Bercinta Selepas Kahwin

Pengantin PKP Bercinta Selepas Kahwin. Mungkin ramai tak tau banyak benda yang teringin sebelum ni, Allah kabulkan sikit-sikit dan zira memang tak sangka benda tu terjadi dekat diri sendiri, banyak benda yang zira teringin dan akan mengadu dekat Allah. Tapi sebelum nak share pasal jodoh yang tak di sangka.


Awal tahun lepas 2019, bila abah dah tanya pasal kawin. Ada bendalah yang dia nak tu #menantubaru. Bila takde siapa datang rumah, mulalah nak carikan jodoh. Lagi exited abah bila kawannya nak jodohkan dengan anak kawannya. Kita pula yang risau, takut salah sorang tak sefahaman, zira ni kadang takut bunyi sometimes. Kalau tiba-tiba bunyi mercun macam nak perang tu debar-debar jantung. Mengalahkan orang datang minang.

Masa tu tak kenal husband lagi dan zira pun ada someone, zira tunggu dia ajak kawin tapi lain pula yang dia cakap. Memang sedih masa tu, kalau boleh taknak fikir pasal dia, tapi automatic ingat dia, zira bukan jenis perempuan yang merayu-rayu cakap fikir betul-betul. Kita dah lama tak kan nak putus macam tu. No, zira kalau orang tu taknak, memang dah anggap dia taknak ada hubungan dengan kita, dan jangan cakap itu gurau atau terlepas cakap. Benda serius takkan nak buat main.


Mungkin dah penat tunggu, sebenarnya boleh sabar lagi kalau memang ada rasa sayang. Tapi nak buat macam manakan, masa tu pula abah sibuk nak kenalkan anak kawan dia, di sebabkan tak sedap hati dan rasa makin gelisah zira tak boleh nak terima. Dan lagi satu, saudara ada mak ayah dia jodoh kan tapi jodoh dorang tak panjang ,jadi bila tengok dengan mata sendiri, nak terima seseorang biar diri kita rasa tenang.


Kenal husband ni dalam pertengahan tahun juga, masa tu wasap je cakap dekat diri sendiri bagi peluang cuba kenal dengan seseorang abah dah asik tanya. Zira pula tak boleh orang tanya benda sama, cepat stress. Bayangkan dari awal tahun sampai tengah tahun. Masa baru-baru kenal en husband. Ada "dapat wasap dari husband" sebulan lebih juga kawan, dia nak minta izin jumpa parent.

Sebenarnya dah pelik, nak kenal dengan zira minta izin parent? Tak pernah orang buat, biasanya orang jumpa parent ni nak minta izin kawin. Bila dia kata nak datang tu, zira ada bagitau parents tapi tak cakap siapa orang nya. Takut depa terkejut, kenal pun kejap.

Allah kabulkan doa ini antara yang zira teringin nak capai
1- Nak bercinta lepas kawin
2- anak kembar
3- nak jual produk ke oversea
4- nak hutang settle cepat
5- nak pasangan yang memahami
6- nak rezeki melimpah.
7- Jadi Millionaire
8- Nak buat majlis simple
9- Travel 1 Malaysia
10- Travel luar negara

Semua ni dah kabulkan sikit-sikit, kenal husband secara online sebenarnya tak sangka nikah pun online. Agak sukar buat nikah secara online sebenarnya sebab nak tahu keputusan lambat, 2 hari nak majlis baru dapat tahu.

Ini gambar belah suami, lepas nikah online, zira pergi rumah mertua, tak sangka rupanya dorang dah standby nak ambil gambar keluarga dengan pengantin, PKPB tak boleh ramai datang rumah pengantin.

Di sebabkan kenal online kena tahu background betul-betul. Jangan asal ada orang nak kita terima, bila terima seseorang kena terus terang dengan pasangan apa yang suka dan tak suka. Dan zira tau rumah dia kat mana, mudah kalau apa-apa jadi cari je rumah dia. Jika benda tu dia tak boleh terima, baik jangan teruskan hubungan.

Dan bila kita rasa ada orang ikhlas, cuba bagi peluang. Cinta? Sayang? Kita tolak ke tepi dulu. Benda susah nak buat sebenarnya sebab minat orang lain. Tapi di sebabkan zira terus terang dengan husband, dia boleh terima apa yang zira suka, cuba juga terima dia.

Ayat yang buat zira, buka hati untuk dia

Alhamdulillah akhirnya disatukan setelah tangguh di sebabkan PKP walaupun secara online. Hasil keberanian husband dah jadi suami isteri yang sah. Kepada mereka di luar sana, tak salah beri peluang kepada orang yang suka anda. Kalau ada perempuan yang nak mulakan conversation dulu, pun tak salah. Laki pun kena bagi peluang.

Gambar dekat bawah husband yang request, ingatkan nak ambil gambar berdiri sebelah-sebelah sekali dia ambil bunga terus duduk, Allah.. terkedu sekejap. "macam nak melamar" 🙈


Tak tak pernah minta lebih, jika dikurniakan suami romentik itu adalah bonus, sebab selalu ingatkan diri sendiri jangan terlalu bergantung pada orang lain mana tau, satu hari tiba-tiba hilang tempat bergantung kita yang terduduk. Cuma jangan biarkan suami lepas tangguh jawab dia.

#HazirahxHadi
#nikahonline
#pengantinpkp
#7june2020
#iuziranikah

6 comments:

  1. Selamat pngantin baru kepada yg ke jinjang pelamin

    ReplyDelete
  2. Tahniah
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  3. Tahniah Zira. Selamat pengantin baru dan juga Selamat pengantin PKP ya. Semoga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.