Header Ads

tempat menarik untuk melancong di Selangor

Assalamualaikum

Ini adalah pertama kali zira join program bersama SAHABAT MEDIA program ini memang santai, selepas tamat Program Voluntourism Pantai Bagan Lalang Sepang sempena program pembersihan & pengindahan Pantai kami pegi  Banghuris Homestay. Time pegi bagan lalang terasa nak balik kampung je sebab dah dekat dengan umah nenek zira. Kalaulah naik kete nak angkut sume rakan blogger & media singgah kampung tapi kami nek bas takut tak dapat masuk je, tau-tau je la kan kalau jalan kampung mestilah jalan sempit.

Kalau balik kampung memang akan singgah Bagan Lalang hirup udara pantai sambil main air ngan adik bradik walaupun masing-masing dah besaq tapi zira tak pernah masuk resort kat situ cume tengok dari luar jer. Bila di tayangkan slide mase perasmian Program Voluntourism tak tau pulak resort ni berbentuk pokok kelapa memang cantik. Kalau nak tengok sendiri bentuk resort ni kena nek helikopter baru syok pandangan dari atas sangat cantik ia juga sebagai tarikan pelancong melawat Malaysia di samping meningkatkan lagi pendapatan negara.

Kepada pelancong dan sesapa je yang datang ke Bagan Lalang bole singgah ke Banghuris Homestay, untuk melihat sendiri cara orang melayu melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, menanam pokok, mencating batik, memancing, dan cara proses kopi. Okey, yang proses kopi ni zira tak pernah tengok walaupun nenek sendiri pernah buat kopi tengok pokok kopi dan biji kopi je pernah. katanya, kena jemur dulu biji kopi bau bunga kopi memang wangi warna bunga kopi putih.


 Kami berada di Sepang Goldcoast salah satu tarikan pelancong dan menikmati pantai di Selangor
keindahan pantai yang bersih adalah satu perkara yang harus di jaga
 haaa, tu dia kompang berbunyi menanti ketibaan para tetamu terhormat.... hehe, dah macam menanti pengantin baru je, turun bas terus amik gambar dorang. Langsir pun ikot bendera Selangor kuning merah. Mula-mula ingat ada pengantin upanya dorang memang sambut kedatangan para media & blogger dengan kompang.
Air kelapa muda memang my paberet ni kalau isinya banyak lagi sedap. time ni nak minum brapa manyak pun bole. 
minum petang "air kelapa muda dan mee sup"
menyusuk kalbu, sedap durian kampung mula-mula serba salah nak makan orang sebelah kanan tak makan durian orang sebelah kiri makan durian, akhirnya zira makan jugak durian tu dengan godaan bau dan warna durian ni tak bole nak tahan lagi dah. 
sempat amik gambar nisa kay tapi tak sempat tengok die nyanyi. Tempat sapa la ni, bersepah kulit durian mesti masing-masing antu durian
aktiviti memancing bermula mancing bersama Nisa kay, ni mancing aca-aca, gaya cam dapat ikan je kan.
 dengan penuh kesabaran akhirnya Huzairi dapat ikan, pastu sume awek tengok ikan apa yang dia dapat.
kebun getah
ada ke orang toreh getah pakai beg? first time toreh getah camni la jadinya sampai susu getah meleleh rugi-rugi.
 Ni adalah mesin untuk proses membuat getah keping
IQWAL bersama sahabat media di Banghuris Homestay
 ni adalah salah satu tempat keluaran rebung buluh, tempat ni juga sangat menarik macam ala-ala kat korea gitu, sesuai juga untuk photoshoot wedding. Nampak tak zira pegang daun buluh? macam gaya orang buat yess je kan, apa yang yess pun tak tau.
 
bersama IQWAL
Betapa kretivenya masyarakat sekarang pokok buluh pun bole di jadikan penyangkut beg. masing-masing tanya sapa punya tuan beg ni? 
  fuhhh, lepas jenjalan kat Bagan Lalang masa tuk balik nek KTM sapa yang minat travel anda boleh dapatkan majalah santai travel di situ banyak tempat-tempat menarik di Malaysia.

8 comments:

  1. before this, tak pernah sampai di Goldcoast dan Banghuris Homestay
    bila pergi, memang excited
    harap next time ada kelapangan nk join next trip with Sahabat Media

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pn first time join even dengan sahabat media

      Delete
  2. Bestnya bestnyaaa! Jealous lahhh

    ReplyDelete
  3. Dulu kat rumah atok ade benda alah buat getah keping tu.. hahaha.. kitorang main2 masukkan daun lah macam-macam.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti dah xde keje nak wat, hehe
      daun pun jadi la

      Delete
  4. wahh bestnya dpt g...siap disambut dgn kompang lagi :D
    yg part air kelapa tu, terliur kut...
    amal follow sini okay ;)

    jemput singgah... http://cikamal.com/contest-seo-eridy-5.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey, fuhhh kelapa dia memang sedap s

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.