Header Ads

Selamat hari guru

Assalamualaikum 

Sebelum tu nak ucap SELAMAT HARI GURU kepada guru dan tenaga pengajar yang telah berkongsi ilmu selama ini. Halangan yang demi halangan untuk menjadi insan berguna dan berjaya di bumi ini sebagai kejayaan di akhirat akanku tempuh dengan sabar. Dunia ini adalah tipu daya semata-mata untuk berjaya bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi perlukan pengorbanan dan ketabahan jika kita rebah dan tidak bangkit semula pasti tidak akan berjaya mereka sentiasa berpesan "guru" jangan cepat putus asa tu adalah satu semangat untuk bangkit semula.

Merekalah ibu, penasihat, doktor, dan kawan kita yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk berjaya. Walaupun dah lama tinggal alam persekolahan mereka sentiasa dalam ingatan kerana mereka kawan sejati kita semasa kita tidak tau apa-apa sehingga kita menjadi insan berguna. 

ingat lagi mase skola rendah memang nak sangat bagi cikgu something, walaupun benda tu kecik ia tetap sesuatu yang berharga. sebenarnya hanya satu ucapan sudah cukup sebagai tanda penghargaan. Apa yang korang bagi kat cikgu masa skola?? 



semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan dengan baik, minta maaf kepada cikgu-cikgu jika saya ada buat kesilapan di masa dahulu dan selamat hari guru.

1 comment:

  1. selamat hari guru juge kepada semua guru2x termasuk guru ajar kereta ms buat lesen dlu

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.