Header Ads

Spa anjung jelita

Assalamualaikum 

Apa khabar semua? ada baiknya korang cakap baik supaya zira rasa seronok nak crita kalau tak terbantut korang nak baca entry ni. Okeylah, zirakan penah crita kat entry ni tentang Spa Anjung Jelita, masa nak pergi spa ni tercari-cari gak la disebabkan tempatnya berdekatan KTM kajang jadi mudah untuk pergi sana ambil masa 5 minit je untuk pergi sana kalau dari KTM kajang.

Ni first time pergi spa, sebelum pergi spa zira tepon dulu takut masa tu ramai orang disebabkan zira blajar dekat bangi dekat jugak ngan kajang jadi takde la susah sangat nak cari tempat tu cuma terlajak-lajak jalan sikit. Zira pon memang tingin sangat nak pergi spa rezki dapat baucer ke spa memang syok bila dapat di urut. Kalau korang duduk berdekatan dengan kajang bole la pergi manjakan diri kat sana.


Ni la tempatnya, Anjung Jelita terletak dekat Taman Kajang Sentral jangan wisau bahan yang digunakan produk semulajadi dan selamat  untuk kesihatan yang berpanjangan.


Masa kaki ni mula melangkah, dah bau wangi memang masa tu terasa baru lepas mandi walaupun belum mandi susu lagi keadaan dekat situ memang tenang dengan alunan muzik rasa relax ja bila dengar. Staff yang sambut cuma sorang ja sebab memang sorang ja staff dekat situ jadi hanya kami berdua je dekat spa. Cara dia sambut zira macam sorang puteri lemah lembut, sopan santun yang penting senyuman dia sentiasa ada sampai pipi zira pulak yang terasa naik tegang masing-masing balas senyuman :)) " letih pipi senyum memanjang".


Mula sesi mengurut, urutan dia memang terasa dari hujung kaki hingga kepala ada gak rasa sakit sikit tapi masa tu urat sensitive mula menggeletik tak tau la nak gelak ke nak menangis siap terpaksa tahan kedua-duanya. Kalau zira gelak tak jadi pulak dia nak mengurut yang peliknya ada jugak orang boleh tertido bila diurut siap tertido lena di buai mimpi. Walaupun orangnya kecik tapi tangannya bila mengurut memang best. 


Ni sauna, jangan korang ni ingat almari memang takde tempat nak simpan baju kat situ. First time zira masuk sauna, Bila masuk teringat dekat neraka, huhu kata orang bila dah susah baru nak ingat kisah dulu-dulu siap berzikir kat dalam tu insaf habis la masa tu. Katanya boleh sandar dekat dinding, bila zira sandar makin panas pulak jadi duduk la diam-diam dekat dalam tu sampai sauna ni berbunyi macam tunggu kek berbunyi dari oven "krikkk" ophhhsss terbunyi cengkerik pulak.

Lepas kuar je dari sauna, Fuhhh lega tak saba nak diurut dengan scrub.... masa ni mula sesi menyental segala kekotoran dan daki di badan rasa segan pulak bila dia menyental. Seharusnya hilanglah segala daki yang ada dengan menggunakan scrub dan kulit menjadi halus-mulus bagai baby baru lahir.


On the way nak pergi bathroom nampak air susu dekat bathtub, bestnya mandi air susu panas selepas badan disental dengan scrub, apa lagi mula berkocak-kocak air feeling puteri raja yang penting tiada bau-bau kambing di situ walaupun mandi air susu.




Kredit sini, Kalau korang berminat nak pergi juga, ini contact details siap peta tau mana tau GPS tiba-tiba rosak. 
ALAMAT: 
Anjung Jelita Spa & Beauty Centre (002104612-D)
115-1A and 1B, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
 Tel : 03-87364412

12 comments:

  1. Huntunglaa zira dpt pergi bermnjakn diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya malu nak mengurut tapi tingin.

      Delete
  2. Uish best nye. Price mahal x? tp klu ramai customer xkan dia srg je keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga standard boleh tengok kat laman web ni http://anjungjelita.com/
      sebab sy buat appointment tu sorang je staffnya

      Delete
  3. Salam ..Akak terjah sini balas kunjungan ..
    Wah bestnyerr sesekali ke SPA ..
    Boleh ler manjakan diri sendiri ..

    ReplyDelete
  4. best dpt manjakan diri sesekali kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.... malu-malu gak nak masuk walaupun sorang je staffnya

      Delete
  5. untungnyeeeee badan...

    ReplyDelete
  6. wahh tringinnya nk g spaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jemput la datang sini memang best cume berdua je masa manjakan diri

      Delete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.