Header Ads

fesyen terkini 2014

Assalamualaikum 

Bila cakap tentang fesyen je, semua orang mesti nak tahu design terbaru apa yang menarik dan design yang sesuai untuk di gayakan pada zaman sekarang. Korang jangan tak tau design yang lama pun boleh jadi trends sekarang tau. 

Contohnya macam kain cotton, aku tengok kekadang biasa je tapi yang peliknya camne boleh jadi fesyen terkini ramai pulak yang pakai sebab aku  ada tengok gambar mak aku dia ada juga pakai baju cotton walaupun gambar tu aku tengok macam dah lusuh tapi tengok gambar jenis kainnya yang dipakai mak aku tetap boleh cam kain cotton. 

ini maknanya mak-mak kitalah yang gayakan fesyen tu tapi kekadang kita pulak yang terlebih katanya ini fesyen zaman sekarang kain cotton bunga kecik-kecik tak pun corak dot-dot. Bila tunjuk dekat mak dia pun dah tak heran walaupun kita cakap ini fesyen terbaru, sedih bak hang disebabkan nak amik hati anaknya dia puji la sikit-sikit

"ha'a,cantik corak ni, kain cotton ni sedap pakai" 
" pastu cakap kat mak, nak beli kain cotton ni lah mak fesyen terbaru ?''
" mak kata, baju macam ni kecik-kecik mak dah pakai dulu" 

Wah, mak aku lebih advance.... Eh, bukan mak aku je mak-mak korang sebenarnya pun lebih maju daripada kita,  Walaupun 2014 dah lepas trends fesyen 2014 masih belum hilang, ia tetap cantik kalau korang nak gayakan sama ada pergi majlis kawin, jamuan atau majlis hari jadi. kalau korang tengok fesyen 2014 bersepah-sepah walaupun ia fesyen lepas tetap cantik rasa nak beli je pakaian yang ada dekat ternet walaupun sekarang sudah masuk 2015 fesyen lama tetap cantik untuk di gayakan.

Korang nak tau fesyen apa yang masih popular sampai sekarang dan masih digemari semua kaum dan bangsa terutamanya kepada penggemar fesyen di seluruh dunia.



Penggunaan kain jenis lace ini sangat popular, biasanya ia dipakai dalam industri fesyen dan hiburan. Walaubagaimanapun, ia masih popular fesyen lace wedding dress masih menjadi pilihan busana pengantin hingga sekarang. Kalau korang yang gayakan kain lace camni mesti ada yang dah bayang pakai baju pengantin pegang kain pastu pusing-pusing ala-ala puteri menunggu putera, betul tak? 

Siapa yang beli kain lace ni memang takkan rugi, sebab bila korang gayakan sentiasa nampak cantik walaupun simpan lelama dalam almari. Bila dah sampai masanya, fesyen tersebut muncul kembali korang boleh pakai balik, betulkan aku cakap korang takkan rugi beli lace dress jimat duit. Korang boleh cakap ini fesyen terbaru " padahal baru keluar dari almari".





Terus terang aku cakap pasal fesyen Colour blocking aku tak brapa tau sangat mungkin sebab warna dia terang dan tak reti nak gayakan, tapi bila aku tengok lelama cantik pula tengok dorang gayakan colour blocking ni. Wah, rasa macam nak cuba jer fesyen camni, baru nampak berani. Lepas ni korang kena sediakan cermin mata kalau nak baca blog aku sebab takut ada yang sakit mata, fesyen yang aku akan gayakan lepas ni nampak berani dan lain dari yang lain.

Tahun 2014 colour blocking pun menjadi trends ia juga pilihan dalam kalangan fesyen, di Malaysia tapi tidak ramai yang minat colour blocking jadi untuk menjadi seorang lain dari yang lain dan untuk mudah di cam semua oleh semua orang korang boleh cuba colour blocking untuk lebih di kenali boleh cuba dekat suasana yang gelap baru semua orang nampak. Fesyen terkini tetap cantik untuk di gayakan. 



Fesyen ni mesti ramai yang suka kerana ia simple untuk digayakan dan sesuai untuk dipakai dimana sahaja keculi, panjat gunung atau masuk hutan. kalau korang pakai juga tak pasal-pasal tersangkut dekat ranting kain korang tu. 

pelbagai dress Muslimah dengan seleksi pilihan yang cukup menakjubkan dan mengkagumkan sampai terbeliak mata korang nak pilih.  Sentuhan rekaan yang lebih moden dan segar telah membuatkan trend fesyen Muslimah terkini digilai ramai fashionista dan hijabista Malaysia. Ramai ramaja sekarang sudah berminat dengan trends ini busana yang ringkas dan mudah nak pakai, korang cuma sarung je kalau korang pakai tudung pun cume pin kiri, kanan pin kepala siap tak pun yang pakai selendang lilit-lilit siap.

Alhamdulillah, seronokkan belajar pasal fesyen ni, macam-macam kita boleh gayakan kalau dulu aku tak tau nak gayakan tudung pasti aku akan pakai warna gelap sebab maching dengan semua warna dan tak payah nak pening-pening kepala nak pakai tudung apa. 

2 comments:

  1. nak try color blocking gak tapi tak berani lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Fesyen ni ada turun naik nya... Ada yang kekal evergreen with a bit of retouch.. Mcm tudung bawal... Dr dulu sampai sejarang tetap selesa dan xabtik dipakai ;)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.