Header Ads

masbro village homestay - homestay tiga segi

Assalamualaikum 

Ternampak macam rumah tiga segi, cantik design dia ala-ala english. Ia adalah sebuah homestay warna-warni yang mempunyai tarikan tersendiri. Masbro Village terletak di Paya Rumput, Melaka.... serius cantik. Ramai yang tak tahu Malaysia ini sebenarnya banyak tempat yang menarik sebab mungkin ia baru di bina atau tidak di viralkan.

sejak aku godek-godek facebook mahupun web terdapat tempat yang aku tak pernah tahu kewujudannya dan ia sangat menarik untuk dikunjungi. Cuti sekolah dah nak dekat jadi korang boleh cari tempat yang best dan luangkan masa bersama keluarga.

Masbro village berdekatan kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandaraya bersejarah itu ia sememangnya membuatkan ramai tertawan dengan inspirasi yang kita jarang lihat. Jom kita tengok gambar-gambar yang menarik di bawah.
Credit  keunikan homstay ini seperti luar negara setiap laluan ada rumput yang membuatkan ia nampak lebih cantik dan style. Peti surat juga mempunyai corak yang tersendiri dan rumah tersebut seperti mempunyai pemiliknya.


Rumah warna-warni ini kelihatan ceria apabila dipandang dan mempunyai hubungan kejiranan tanpa ada halangan seperti pagar di sekitarnya. Jarak antara rumah kelihatan rapat membuatkan ia lebih mesra dengan jiran sebelah. Kita juga boleh kata "Hai" apabila ternampak mereka keluar rumah.



Ini adalah gambar dalam rumah, nampak dan kemas. Walaupun dari luar hanyalah rumah tiga segi tapi dalam nampak luas serta kedudukan perabut juga tersusun.

MASBRO VILLAGE, Melaka

  • Boutique Homestay 
  • - Open for rental at RM250.00 per unit for 1 night (promotion price) 
  • Maximum 6 pax per unit.
  • - Living hall with dining table, sofa, and tv.
  • - Kitchen equipped with microwave, refrigerator, water kettle and utensils.
  • - 2 queen-sized bed (first floor) and 1 sofa bed (ground floor)
  • - Fully air-conditioned. 2 toilets with water heater.
  • - Ample parking
  • - Gated 
  • - 7 km to Malacca Town
  • - 12 km to Tg. Bidara
  • - 6 km to Ayer Keroh
  • - 5 minutes walking to Tesco Cheng Stadium Hang Jebat
  • - Call or Whatsapp : 0123704038 Shah Darma Amanti / 0133136872 Mazlan
Selamat bercuti di Melaka, tempat yang menarik seterusnya nanti akan diupdate. 

Alamat
Jalan Paya Rumput Cheng
Taman Paya Rumput Indah

76450 Paya Rumput
Malacca
Malaysia

10 comments:

  1. Uniknyaaaaa. Harga pun not bad untuk homestay yang comel sebegini

    ReplyDelete
  2. cantiknya tempat ni. nampak selesa.

    ReplyDelete
  3. rumah yang sungguh unik dan saya pasti tak panas berada dalam rumah begini..

    Jumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  4. Boleh dipertimbangkan juga nih...

    ReplyDelete
  5. ehh... takda lah mahal sangat kan harga utk satu malam... boleh plan ke sana macam nihh....

    ReplyDelete
  6. pernah nampak diorg posting kat fb, memang menarik binaannya

    ReplyDelete
  7. Cantiknya...suka tengok..nanti balik tangkak boleh le lepak sini satu malam..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. cantik tempat nya .Kalau event kolej saya tidak berjaya .inshallah saya akan menelefon owner of the homestay

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.