Header Ads

majlis doa selamat dan pelancaran filem M.O.X

Assalamualaikum 

Sebuat filem yang yang mengisahkan tentang aksi dan sains dengan usaha usaha kerajaan memupuk budaya 'STI' ( sains teknologi dan innovasi ). Filem yang jarang kita lihat dan ianya mengisahkan masyarakat terutamanya generasi muda melalui babak-babak yang melibatkan aplikasi saintifik, kreatif dan innovasi sains terkini.


Misi operasi X ini telah di kaji selama 10 tahun untuk mendapatkan gambaran dan cerita supaya menjadi lebih menarik, filem yang di arahkan oleh Dato Zulkeflie M Osman di bintangi oleh Ebi Kornrlis (AF5) membuat 'come back' pertama menerusi filem 'M.O.X' . Don Pedro yang di pegang watak oleh Ebi telah menyahut cabaran bagi menjayakan watak yang di bawa. Pelakon Indonesia yang juga semakin meningkat juga membintangi filem 'M.O.X' iaitu Tya Arifin dan seorang lagi bakat baru turut di cungkil melalui filem ini adalah Shareeta Selvaraj seorang model dan pengacara. 

M.O.X adalah mengisahkan seorang ejen rahsia persekutuan, Don Pedro yang memikul tanggungjawab dalam misi baru yang diberi kepadanya untuk mencari dan menghapuskan dalang dari sebuah organisasi haram yang sering mengancam keselamatan  dan kestabilan negara. Filem M.O.X  juga menggalakkan kita berfikir apakah perancangan seterusnya yang akan di buat oleh Don Pedro dalam menyelesaikan misi ini.

ia juga menjalankan aktiviti yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan ganas antarabangsa berpusat dari luar negara yang menggunakan senjata canggih untuk mengawal ekonomi dunia. Don Pedro telah menjadi penghalang kerana mencuba menyekat kegiatan-kegiatan haram kumpulan jahat. Kini Don Pedro menjadi buruan, dan mereka cuba menghapuskan Don Pedro.

Ini antara pelakon yang terlibat dalam filem M.O.X

Nantikan filem M.O.X di pawagam pada awal 2017. Budget di anggarkan 3.6 juta, nak tahu kesudahan filem M.O.X ini adakah Don Pedro dapat mempertahankan kekasihnya Fifi, serta apakah peranan Zeera dalam misi berbahaya Don Pedro?.


Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang filem ni, jom kena tengok teaser operasi M.O.X yang akan membuatkan kita tak sabar nantikan tayangannya di pawagam. Nampak tak filem ini seperti bertaraf Hollywood dan kelihatan  ia sangat berlainan dengan filem yang kita pernah tengok sebelum ini.

7 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.