Header Ads

sertai yeo's i love Malaysia untuk memenangi tiket percutian ke Korea

Assalamualaikum 


Pasti ramai yang teringin nak ke korea, merasai sendiri cuaca sejuk beku kat sana, yang pasti baju sejuk jangan lupa bawa kalau tak menggigil la korang kat sana. Nasihat aku beli dekat malaysia dan buat persediaan awal kalau nak jimat kos. Nak lagi jimat kena sertai Yeo's Malaysia untuk memenangi tiket ke Korea.

Jenama Yeos yang terkenal dengan makanan dan minuman ingin meraikan bulan Ogos yang penuh cinta, mana tak cintanya itukan bulan kelahiran aku, mestilah penuh cinta. Yeo Hip Seng (Malaysia ) syarikat peneraju telah melancarkan, Kempen yeos "I love malaysia" mesim kedua berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober 2016. Dimeriahkan dengan duta Yeos's Yeogurt Akim Ahmad dan pasangannya Stacy Anam. 


Sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan, Yeos mengajak seluruh rakyat Malaysia mengikut #Rentakbahagia dan Yeo's telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1957 dan berkembang bersama Malaysia sejak sekian lama. Kempen 'Yeo's i love Malaysia musim ke dua bertema #Rentakbahagia dimana kempen ini membawa warga Malaysia menjiwai rasa cinta serta perasaan bahagia terhadap negara kita. 


Majlis pelancaran Kempen Yeo's i love Malaysia turut dimeriahkan dengan kehadiran Vincent Chui, Naib Presiden Pertama Bahagian Pemasaran Yeo's. Duta Yeo's Yeogurt Akim Ahmad telah bersama selama dua tahun berturut-turut. 


Pasangan duta Yeo's Yeogurt turut bekerjasama dengan mengikuti kempen Yeos , i love Malaysia musim kedua. Penyatuan mereka merupakan tanda cinta antara satu sama lain, Mereka juga sering berkongsi mengenai minuman kegemaran sewaktu kecil dan kebanyakan berkait dengan yeos. 


 Korang nak pilih air kotak mana satu, kiri, kanan atau bawah? kalau kiri minum sorang,( nampak selfish) kanan berdua ( nampak romantic) bawah reramai ( dapat erat silaturrahim) hihi "Air kotak besar tu kalau ada betul, mesti korang tak dapat habiskan mana nak dapat besar macam tu kan".

Yeo's bakal mengadakan jelajah di pusat beli-belah terkemuka seluruh Malaysia  pada tarikh yang di tetapkan. Pelbagai aktiviti di sediakan bagi bula kemerdekaan. Akim dan Stacy akan berada di lokasi yang ditetapkan iaitu: 
  • East Coast Mall, Kuantan (28-31 Julai 2016) masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
  • 1 Borneo, kota Kinabalu (19-21 ogos 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam
  • Setia City Mall, Selangor (1-4 sept 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang ( 29 Sept-2 okt 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam
  • Plaza Merdeka, Kuching ( 7-9 Oktober 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam

Cabaran instagram #RentakBahagia, bawa 3 pasangan ke Korea.

Cabaran instagram #rentakbahagia bermula 28 julai hingga 15 Oktober dengan Misi dalam mengumpulkan 10,000 foto & video berkisahkan kecintaan yang bermula daripada keluarga, rakan-rakan, komuniti, dan sekeliling. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Cara menyertai: 
  1.  Ambil foto yang berkonsepkan ''cinta'' contohnya keluarga atau kawan karib
  2. Muat naik foto ke laman instagram individu masing-masing
  3. Gunakan #rentakbahagia bersama #yeosyoegurt
  4. tag lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini
#Rentakbahagia video:
  1. Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #Rentakbahagia Akim dan Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. ( lagu boleh didapati laman Youtube Yeo's Malaysia pada 20 ogos 2016)
  2. Muat turun video ke laman instagram masing-masing
  3. Guna hastag #rentakbahagia bersama #YeosYeogurt 
  4. tag lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini
  5. pastikan malan instagram dipublic
Cabaran ini membuka peluang kepada orang ramai membawa pasangan ke Korea. Tiga pemenang utama akan menerima tiket percutian ke korea manakala 11 hadiah saguhati ke taman tema seperti sunway lagoon, legoland dan sebagainya bersama keluarga tersayang.

Maklumat lanjut 
Untuk menyertai cara penyertaan selanjutnya, layari laman web Yeo's malaysia di www.yeos.com.my atau hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828

4 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.