Header Ads

premier clinik cawangan bangsar


Semenjak beberapa bulan lepas masalah kulit makin membimbangkan mana taknya banyak benda nak kena pikir jerawat pun sibuk nak timbul dekat sana, kejap dekat sini. Tengah scroll gambar dekat facebook kebetulan nampak satu gambar yang membuatkan aku tertarik iaitu macam mana untuk selesaikan jerawat dan jeragat. 




ramai yang cadangkan premier clinic ia bertujuan menjaga kecantikan wajah seseorang dari masalah kecik hinggalah besar. jadi, siapa yang ada masalah wajah serahkan dan tadah je muka korang dekat depa ni. Bila aku buka mata muka rasa selesa je tanpa masalah. 


Mereka tawarkan dua pakej iaitu Accne Scars dan Fractional Laser. Aku pilih Accne Scars demi menghilangkan jerawat yang timbul. Masa mula-mula masuk bilik rawatan rasa macam biasa jer kena pakai penutup kepala ala-ala macam kena bedah. 




Sebelum mendapatkan rawatan, tunggu dekat satu bilik ala-ala VIP, siap ada tv. Yang rawat masa tu doktor Elaine Chong lembut je dia sapu kat muka di bantu oleh seorang assistant yang cantik.






Depa ada sapu something dekat muka aku, memang hazab rasa nak meraung ja muka pedih tambah rasa sedikit gatal. Tapi bagus ia telah untuk membunuh bakteria yang melekat kat muka dan membuang sel-sel kulit mati di permukaan kulit. 

Bila muka rasa pedih ada satu angin/udara (aku tak tau apa nama benda tu lagi pun masa tu mata tutup cuma rasa angin dekat muka) ia membuatkan muka rasa lega tak terhingga sejuk je. Nak tidur memang tak tenanglah beza masa pergi spa dulu seronok ja bila dapat urutan. Masa yang diambil untuk rawatan ini tak terlalu lama, dalam setengah hingga satu jam je. 


Waktu rehat kalau nak buat rawatan ini pun sempat. Semua barang dilengkapi dengan teknologi moden dan mesin pula di import agar setiap rawatan dapat di lakukan dengan baik. 






Untuk rawatan Fractional Laser pula ia dapat membuang kulit mati, teknologi ini menggunakan laser mikro untuk menembusi dan memecahkan tisu kulit melalui epidermis. Rawatan ini tidak meninggalkan luka dan boleh jalan sana sini selepas rawatan dilakukan. 

Aku suka tengok kesan rawatan selepas Fractional Laser tapi disebabkan sifat penakut ni datang terus tak jadi buat laser. Selepas rawatan Accne Scars aku telah di nasihatkan cara penjagaan wajah yang betul daripada doktor pakar. 


Untuk appoiment ke dua, doktor Kee Yong Seng pula yang tengok wajah aku siap belek lagi tau. Alahai, rasa malu pula nasib baik muka dah okey sikit. Muka doktor Kee Yong Seng bersih je kalau korang jumpa doktor ni, mesti jelez tahap nak tukar kulit dengan doktor. 




Buat masa ini cuma ada dua tempat je iaitu cawangan di Bangsar Baru dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. C
awangan baru akan datang di Bandar Sunway. Harga juga berbaloi, selain itu service yang di sediakan seperti Fat / Weight Loss, Wrinkles / Fine Lines, Redness / Sunburn dan banyak lagi.  

kalau korang minat juga nak pergi, ini aku sediakan contact detail:



premier clinic


alamat cawangan Taman Tun Dr Ismail: TTDI :31,Jalan Wan Kadir 2,Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

waktu operasi

selasa - Sabtu: 10.00am - 7.00pm

tutup: Ahad, isnin dan cuti umum


alamat cawangan bangsarBangsar 40,Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.


waktu operasi

Isnin : 2pm-7pm
selasa - Sabtu: 10.00am - 7.00pm
tutup : ahad


Tel  : 03-7732 5552

Mobile: 012-6625453 (Contact via Whatsapp , wechat ,SMS , Call)


2 comments:

  1. Wow! Cam best jeee.. nanti ada rezeki nak buat treatment kulit muka ena ni kat sini

    ReplyDelete
  2. saya kalau bab kulit, kena hati2. Takut tersalah sapu.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.