Header Ads

3 Tip Mudah Memulakan Perniagaan Melalui Instagram

3 tip mudah memulakan perniagaan melalui instagram, Setiap peniaga nak kan perniagaannya berjaya dan berkembang dengan pesat. Semua orang perlu mencari ilmu dalam perniagaan sama ada online mahupun offline. 

Sebagai peniaga perlu juga mempelbagaikan promosi serta corak perniagaan agar jualannya laris dan pelanggan tercari-cari untuk mendapatkannya.

Sekarang ramai usahawan yang berniaga melalui FACEBOOK , dengan facebook juga ramai yang telah jadi usahawan dan jutaan, tapi sampai bilakah perniagaan facebook mampu bertahan? cuba korang bayangkan kalau tiba-tiba facebook ada masalah dan di tutup, macam mana korang nak jual produk yang begitu banyak.
Jadi kena cari cara lain untuk promot produk yang ada. Selain facebook, Instagram juga merupakan satu platform yang kuat dalam perniagaan, hanya satu gambar yang cantik serta headline yang power berjuta-juta orang mencari produk korang. Hebatkan instagram ini? 

TIGA TIP BERNIAGA DI INSTAGRAM
  • Kualiti gambar 
Gambar yang di muat naik mestilah kelihatan cantik dan tidak pecah kualitinya supaya prospek akan lebih yakin dengan produk yang di jual. Di sebabkan gambar di instagram tidak boleh di muat naik secara banyak penting untuk kita pilih gambar yang sesuai.


  • Kelebihan produk
Kita beli sesuatu produk atas kelebihan dan kebaikan , jadi korang perlu terangkan dengan jelas produk. Gunakan simbol "tick" ataupun "bullet" supaya ia nampak lebih teratur dan tersusun.


  • Copywriting yang menarik 
Teknik copywriting yang menarik mampu menarik prospek untuk tahu lebih lanjut tentang produk yang kita jual. Salah satu caranya adalah dengan menerapkan elemen santai. Sertakan juga simbol dan emosion yang sesuai supaya nampak lebih menarik

Korang dah boleh berniaga melalui instagram pula selepas ini untuk jual produk tapi salah satu untuk jualan sentiasa laris korang perlukan follower yang ramai di instangram. Kalau follower ramai pasti ramai pelanggan akan berasa yakin terhadap produk di instagram. 

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.