Header Ads

Buffet Ramadhan Streat Thai 2017


Buffet Ramadhan Streat Thai 2017, Makanan Thai sangat popular di Malaysia dengan aneka rasa dan kesedapan yang tiada dalam masakan melayu. Pelbagai hidangan yang di sediakan menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi. Terdapat lebih 60 hidangan masakan yang di hidangkan, ia terletak di Jaya One 'The School" Petaling Jaya. 



Bagi mereka yang gemar makanan Thai, sesuai sangat datang ke Streat Thai dan nikmat makanan Thai. Tak payah pergi jauh-jauh sampai ke Thailand untuk merasa makanan Thai korang datang je sini terhidang bermacam-macam jenis makanan yang ada. 

Di kawasan Kuala Lumpur atau Petaling Jaya susah nak cari makanan Thai yang mempunyai bermacam-macam jenis hidangan tau, Inilah satu-satunya tempat yang aku tau di kawasan ini. Kalau korang jumpa makanan Thai di tempat lain mungkin tak banyak hidangan Thai yang di sediakan.



Terdapat potongan harga Buffet Ramadhan Streat Thai 2017 kalau korang booking awal, jadi jimatlah sikit duit korang kalau booking awai na. Kebanyakkannya staff dorang pun orang Thailand sebab itulah rasa masakannya piau Thai, banyak juga rasa masakannya ala-ala tomyam pedas memang tak boleh nak kata apalah, korang kena rasa sendiri.

Ramai staff berasal dari Thailand adalah satu keistimewaan Streat Thai kerana ia boleh mengekalkan citarasa masakan Thai dalam hidangan yang di sediakan. Memang susah nak pilih hidangan yang ada sebab kebanyakkannya tak pernah rasa. Kalau boleh nak rasa semua hidangan yang di sediakan nanti kalau orang tanya apa rasa masakan tersebut boleh aku jawab dengan penuh perasaan dan yakin. 




ini baru dua gambar, mesti korang terliurkan? jangan berhenti scroll jemput tengok gambar yang seterusnya. Kalau korang tetiba teringin nak makan terus je buat tempahan jangan tangguh-tangguh lagi ya.

Harga yang di tawarkan sangat berpatutan dan mampu milik apatah lagi kalau korang booking awal lagi berbaloi nak makan sebab jimat makan banyak harga murah kalau tempah awal. Kebanyakkannya masakannya pedas bagi yang tak tahan pedas pandai-pandailah korang pilih ya dan sediakan air di tepi pinggan secukupnya, nanti tinggal glup-glup ja minum air.





Makanan yang aku suka daging bakar, sedap sangat rasa rempahnya. Bila tengok gambar ni teringan balik rasa kesedapannya terliur kot dengan warna coklat-coklat dengan campuran rempah yang menambah lagi kesedapannya, masakan yang di bakar atas pembakar dan warna sedikit kehitaman telah menunjukkan ia sudah masak dan sedia untuk di makan. Ya, Allah sedapnya. Di tambah pula dengan sos yang di sediakan.






Tengok gambar air pun rasa dah sedap, air korang boleh refeal banyak kali rasa air kiwi ni agak masam tapi memang sedap di tambah pula ada buah kiwi dengan situ dan air yang menghilangkan rasa panas dan pedas bila makan makanan Thai yang begitu kaw. 



Makanan Thai kalau takde pulut mangga rasa tak lengkap je kan, Buah mangga memang buah kegemaran aku. Bila ada je hidangan pulut mangga memang aku rembat cepat-cepat takut habis. Mangga dekat Streat Thai ni lain macam taw sebab rasa kemanisan buah mangga ni "Masya'Allah" hanya Allah je yang taw betapa manis dan sedapnya buah mangga ni.

Kalau korang makan makanan pedas aku bagi tip korang makanlah buah mangga ni untuk hilangkan pedas, memang mujarab. Pulut yang di tambah dengan susu ni pun sedap ada dua jenis pulut satu pulut biasa dan satu lagi pulut keladi. Rasanya sangat lengkap kalau korang makan dengan susu dan mangga sekali gus. Pulut ada rasa kenyal sikit tapi mudah je nak kunyah dan telan. 

Info lengkap, korang boleh tengok di bawah:-

Harga promosi hanya RM39.00++
haarga asal RM49.00++ dan kanak-kanak RM19.00++

Facebook : www.facebook.com/streatthai
Instagram: www.instagram.com/streatthai
website: www.eatatstreat.com
Reservations: +603-7496-1297
Waktu Buffet Ramadhan : 7 Petang - 9.30 Malam (Setiap hari)
Alamat : (Jaya One) 100-G The School, No.72A Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200 Selangor.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.