Header Ads

Resepi Popia Goreng

Resepi Popia Goreng ,bulan ramadan ni bermacam-macam yang kita akan fikir untuk hidangan berbuka puasa sampai tak tau nak masak apa dan yang pastinya akan ada dua ke tiga jenis kuih untuk berbuka. Kalau tak buat sendiri mesti korang akan beli dekat bazar. 

Siapa dekat sini tak makan sayur? Memang rugi tak makan sebab dah kurang nikmat yang Allah bagi, lagipun sayur banyak khasiat untuk kesihatan kita juga. Dulu aku pun tak suka sayur, mana taknya mak aku masak sayur peria, bukan main pahit nak telan tapi disebabkan benda yang pahit pasti akan ada manisnya. 

Jadi, aku cuba telan jua sampai sekarang sendiri masak sayur peria nak kurangkan pahit korang ramas dengan garam bagi hilang sikit pahit dan campur dengan udang baru sedap sikit. 



Okey, back of the story popia goreng ni sebenarnya tak susah pun buat. Kulit popia tu boleh buat sendiri caranya mudah je yang penting bahannya cukup, Mak aku ni jual kuih dekat bazar memang buat kulit popia sendiri lebih jimat dan boleh dapat banyak. 

Jom tengok bahan-bahannya Resepi Popia Goreng

Bahan kulit popia
  1. Tepung gandum
  2. Sedikit garam
  3. Air secukupnya
  4. Sediakan kuali yang rata bukan melengkung 
  5. Kain bersih ( ini untuk bentukkan kulit popia supaya rata )
Bahan popia inti sayur
  1. Sengkuang
  2. Carrot
  3. Timun ( kalau tak letak pun takpe sebab timun berair boleh cepat basi)
Lepas dah siap bahan korang boleh teruskan sesi menggulung popia, Nak gulung kena ketat-ketat supaya kemas dan tak terbuka bila goreng. Kalau nak bagi rangup korang kena masak betul-betul jangan ada yang buat separuh masak pula ya, cepat lemau nanti. 

Tip supaya tak terbuka popia tu semasa goreng, korang buat satu gam khas, tapi jangan letak gam betul pengsan bila korang makan nanti. Caranya ialah ambil tepung gandum dan tambah sedikit air, gaul hingga rata bagi ia peket sedikit. Okey siap, korang boleh letak gam tersebut di hujung popia lselepas gulung.

Ada juga orang yang hanya guna air je nak bagi lekat, tapi aku prefer guna gam khas yang di buat sendiri lebih kuat nak lekat. Lebih baik berjaga-jaga sebelum terlambat, kalau tak nanti bila goreng dia terbuka. Seterusnya, gorenglah dalam minyak panas. Dah siap, sedia untuk di hidang untuk berbuka puasa. 

Korang boleh buat banyak-banyak simpan dalam freezer, Kalau perut krukk-krukk tinggal goreng je popia tu tak payah nak bancuh tepung malam-malam buta. korang boleh cicah dengan sos atau sambal. Selamat mencuba.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.