Header Ads

Tips Kecantikan l SkinCare Dan Makeup Basic Bagi Kulit Berminyak

Tips Kecantikan SkinCare Dan Makeup Basic Bagi Kulit Berminyak, Kebanyakannya orang Malaysia ni ramai yang kulit berminyak, betul ke betul? Kadang rasa tak selesa kalau boleh mesti nak lap muka bila rasa berminyak. Biasa kulit berminyak akan cenderung menghasilkan jerawat.

Anda perlu bijak memilih produk yang sesuai untuk mengatasi masalah kulit berminyak atau berjerawat. Produk yang sesuai sangat penting untuk mengelakkan masalah jadi lebih teruk. Jika semakin teruk sukar kita rawat seperti sedia kala tapi bukannya tak boleh rawat langsung ya. Mungkin dengan entry ini dapat membantu anda masalah yang sedang anda hadapi.

Semua produk zira share mudah untuk anda dapat dan boleh dapat di outlet, drugstore dan farmasi terpilih. Item-item ni di pilih berdasarkan review dan rating yang di beri pengguna so mungkin ada yang sesuai dan mungkin ada yang tidak. Jadi kita sebagai pengguna kena rajin juga buat review dan research tak boleh ikut orang lain sebab masing-masing mempunyai masalah kulit tersendiri.

Bukan kata skincare, mekap pon perlu tips dan tricks untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Sebab biasanya mekap akan cepat bercapuk dan akan menjadikan muka sangat berminyak jika kita tersalah pilih mekap. Jika entry ini bermanfaat anda boleh share dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah sama.

Antara 6 pilihan cleanser

Ni untuk mereka yang ada masalah skin berminyak yang sangat teruk. Jika anda jenis kulit berminyak biasa-biasa boleh guna yang gentle sahaja. Ni pon saya dapat atas nasihat pharmacist. Harga pon lebih murah berbanding yang oily. Harga anda boleh budget dalam Rm70.
  1. Cetaphil Oily Skin Cleanser
  2. Nivea Acne Care Mekap Clear 3 in 1
  3. Simple Oil Balancing Exfoliating Wash
  4. Hada Labo Deep Clean & Blemish
  5. Safi Pembersih Muka Sari Gamat
  6. Himalaya Purifying Neem Face Wash
Anda juga perlu toner untuk membuang kotoran yang melekat. Antara 6 pilihan toner yang anda boleh pilih ialah :-
  1. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner
  2. True Island Alaska Glacier Water Aqua Toner
  3. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion
  4. Simple Soothing Facial Toner
  5. Oxy Oil Control Toner
  6. Clean & Clear Oil Control Toner
Antara 5 pilihan pelembab, harga anda boleh budget dalam rm120
  1. Cetaphil Moisturizing Cream
  2. Neutrogena Oil-Free Moisture With Sunscreen
  3. Kiehl’s Blue Herbal Moisturizer
  4. True Island Alaska Water Aqua Gel
  5. Sebamed Clear Face Care Gel
Antar 4 pilihan mask. Anda boleh Budget dalam RM100 harga berbeza-beza.
  1. Seaweed Oil Balancing Clay Mask
  2. Freeman Mint & Lemon Clay Mask Oily Skin Face
  3. Mario Badescu Special Mask
  4. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
Kesemua produk ini adalah untuk atasi masalah kulit berminyak dan untuk mengelakkan jerawat, jadi anda boleh pilih produk yang anda minat mengikut budget masing-masing. Bagi yang ada masalah kulit berminyak anda boleh amalkan produk ini terlebih dahulu serta mengelak ia semakin teruk. Di bawah ini pula zira nak share foundation yang anda boleh guna bagi kulit berminyak. Antara 6 pilihan foundation, budget dalam RM160 yang ada SPF.
  1. Maybelline Fit Me Matte + Poreless
  2.  MAC Studio Fix Fluid + SPF 15
  3. Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte
  4. Revlon Colourstay Makeup Pump
  5. Loreal Paris Infallible 24hr Liquid Foundation 
  6. Hourglass Immaqulate Liquid Powder Foundation
Kredit Nana Robil

3 comments:

  1. Wahhh tips yang bagus ni untuk mereka yang mengalami kulit berminyak..

    ReplyDelete
  2. Wah terima kasih uzira share tips skincare dan mekap up ni.. Nanti boleh try tengok produk ni dekat farmasi

    ReplyDelete
  3. Sally jenis combination skin..so far ok la guna produk green tea..bagus jugak kalau boleh dptkan di drug store je..sbb kadang² nak guna yg 100% natural resources mcm mahal kan

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.