Header Ads

Printcious Kedai Hadiah Online Berhantu

Printcious kedai hadiah online berhantu, Online Gift ni bagi yang pernah beli hadiah di sini pasti akan repeat beli lagi. memang best beli hadiah di printcious sebab banyak pilihan yang anda boleh pilih, bukan itu je anda juga boleh design sendiri hadiah yang kita nak.

Kali ni Zira order hadiah untuk mak, di sebabkan mak ni jual kuih dan sentiasa duduk dapur, bila tengok baju mak kotor kesian pula kadang basuh tak hilang, kesan kotor tetap ada. Bukan tak ada baju lain tapi katanya kalau pakai bagu cantik nanti kotor nak bagus susah pula tu terutamanya pewarna yang di gunakan untuk buat kuih.


Sebenarnya Zira tak tau sangat mendesign ni, asal ada gambar tulisan senget, boleh la bagi mak apron ni. Ini gambar "Kuih Apam Gulung" jarang orang buat kuih ni sebab itulah Zira letak. Mula-mula nak letak sekeliling gambar kuih tapi macam serabut pula, nak susun gambar pula susah jadi letak je satu gambar. hihi memang simple sangat design ni anda pun boleh buat.

Selain apron, Zira order "Mini Tees" nampak comel pula. Terdapat banyak hadiah yang anda boleh pilih. Mini tees ini anda boleh letak di kereta atau di rumah. Siapa yang ada patung, boleh la pakaikan baju mini tees mana tau sesuai. Macam-macam ada, masa nak buat tempahan tu memang tengah rambang mata tak tahu nak pilih mana satu, mungkin next time boleh order hadiah untuk mata air dekat sini juga rasa special sikit.


Jila nak tahu number traking anda boleh check di email, tempoh masa penghantarannya dalam dua ke tiga hari juga. Mereka menggunakan perkhidmatan NinjaVan jadi pada bila-bila masa ia akan sampai ke rumah anda, terdapat juga canvas yang anda boleh pilih. 


Sebelum bagi mak, Zira try dulu apron ni selesa juga pakai rupanya. Ni dah macam tengah bersilat dekat dapur dengan sudipnya bergambar dengan apron baru. Alhamdulillah, memang harap mak suka dapat apron ni, Boleh la pakai masa masak dekat dapur atau jual kuih dekat bazar nanti, orang pun kenal tak adalah panggil makcik nak kuih ini, dah ada nama boleh terus panggil Wak Semah nak beli ni, gitu kan senang. 

Untuk Keterangan Lanjut 

Facebook | Website | Instagram | Youtube

8 comments:

  1. mmg berhantu...sally kalau nak cari customized hadiah mmg akan bukak kat Princious :D

    ReplyDelete
  2. hahah mmg printcious ni berhantu..tp servis mmg terbaik

    ReplyDelete
  3. Memang berhantu kan hazirah.. Kalau bkk mcm2 rasa nak tempah hehe

    ReplyDelete
  4. Wah, kreatif la zira ni. Buatkan mak apron siap ada nama gitu. Baru la mak nak berniaga pun rsa bersemangat kan.

    ReplyDelete
  5. huhuhu.. TB pun dah banyak kumpul barangan order dari printcious

    ReplyDelete
  6. Shad bnyak kali gak nyoping dekat printcious. Hihi.. Cute tee tuuu.. Hihi..

    ReplyDelete
  7. fuyoh cantik betul baju dan apron tu..printcious memang tempat best nak beli barang2 cenderahati ni..hehee..

    ReplyDelete
  8. Hari tu ada cek2 tentang printcious ni tapi belum sempat order apa2 dari doranv. Nnt nak try jg la

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.