Header Ads

Perubahan Facebook

Assalamualaikum 

Ni satu lagi masalah, pening tak korang bila tengok perubahan facebook kononnya nak upgrade, perubahan ni membuatkan kita jadi stress dengan facebook. Dulu timeline mula-mula tak leh terima tapi lepas godek sikit-sikit dan mula paham baru boleh terima. Sekarang pulak, setting ni yang wat pengguna facebook geram termasuk penulis blog "tulis sambil unmark setting Facebook".

Tadi masa kat kelas member siap cakap nak tutup akaun facebook dan nak buat balik akaun friendster, twitter dan apa-apa maklumat bagitau je kat email. Sekarang nak anta assigment pun bagi kat email untuk pensyarah semak. 

Perubahan facebook ni, orang awam boleh tengok gambar sesuka hati walaupun kita klik kawan dan hanya saya, untuk keselamatan cepat-cepat ubah setting anda seperti apa yang saya beritahu di bawah. Jika anda tidak faham zira ada tunjukkan cara-cara untuk ubah setting.

Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, anda mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjad...ikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.

Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ , 'photo' dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.

Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda. TQ.





pergi ke gambar rakan tanpa mengklik padanya.



seterusnya, pergi ke rakan juga tanda mengklik


Kemudian, klik pada setting dan buang tanda pada "life events", "photo" dan "comments and likes"

selamat berjaya, yang tengah geram & marah tu harap bersabar ye pada bulan ramadhan ni

terima kasih sudi baca (^_^)

3 comments:

  1. x faham.. maksudnya semua org boleh tgk post n gambar2 kita wpun diorang bukan friend kita ker?

    ReplyDelete
  2. saya hanya upload kata2 hikmah dan guna profile picture image biasa aka bkn photo saya ... jadi x perlu lah bimbang sgt . yg lain nanti fikir dulu ... thanks sahring info nih ...

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.