Header Ads

peluang pekerjaan selepas belajar di SHRDC


Sekarang nak sambung belajar yuran kemain mahal lagi, tapi orang kata nak ilmu kena belajar. Siapa yang tengah cari tempat sambung belajar lepas SPM atau Diploma/ SKM tahap 3, taklimat Pembangunan Program Kemahiran yang telah dianjurkan oleh SHRDC bertempat di Shah Alam yang memberi peluang kepada mereka untuk sambung belajar

Untung korang kalau sambung belajar dekat sini, jika ingin ceburi kerjaya kejuruteraan & teknologi terutamanya lelaki korang boleh sambung SHRDC (Selangor Human Resource Development Centre) banyak kelebihan yang di tawarkan antaranya :
  • persediaan ke alam pekerjaan
  • yuran ditanggung sepenuhnya melalui geran latihan kemahiran
  • elaun RM300 sebulan & elaun tambahan dari syarikat min RM300 semasa tempoh latihan sangkutan (OJT)
  • Peluang pekarjaan

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)

Tak sangka ada tempat yang menawarkan perkhidmatan percuma malah kita yang di bayar jika sambung belajar di sana. SHRDC adalah pusat pembelajaran dan latihan industri yang ditubuhkan melalui kerjasama kerajaan malaysia, kerajaan Negeri Selangor dan industri. 

Tujuan SHRDC di wujudkan adalah untuk memberi latihan dan mempertingkatkan kualiti individu demi melangkah ke alam pekerjaan. SHRDC ditubuhkan pada 14hb Febuari 1992, masa ni aku baru setahun masih terkedek-kedek belajar berjalan. 

Program SHRDC terletak di syeksen 13 Shah Alam berdekatan dengan Tesco Extra. SHRDC juga bekerjasama dengan banyak syarikat antaranya Panasonic, Dell, Standard Chartered, Motorola dan banyak lagi. 

Masa belajar dulu banyak lebih kepada teori sedangkan sekarang dalam bidang pekerjaan juga mahukan pekerjaan berpengalaman iaitu praktikal dan skill yang cekap agar sesuatu pekerjaan boleh di siapkan dengan pantas dan cepat.

Program yang ditawarkan di lepasan SPM

Objektif Program
  1. Memenuhi permintaan terhadap kemahiran teknikal bagi sektor perkilangan
  2. membangunkan karier pelatih dengan memberi peluang latihan
  3. memberi peluang mendapat kelulusan dan persijilan
  4. Memberi peluang pekerjaan
Program yang ditawarkan
  • WTTP - industrial Automation Engineering (Penyeliaan Kejuruteraan Industrial Automasi), tempoh program hanya 18 bulan latihan & OJT. 
  • WTTP - Solar Technology (Pemasangan & Penyelengaraan sistrm solar), tempoh program hanya 6 bulan latihan & OJT
  • YES - Manufacturing Technology ( Kejuruteraan Teknologi Pembuatan), tempoh program hanya 6 bulan latihan & OJT.
Syarat kemasukan 
  • Rakyat Malaysia
  • Lepasan SPM
  • berumur 24 tahun dan kebawah
  • tidak bekerja sewaktu berlangsungnya program


Bagi program yang ditawarkan untuk belia lepasan SKM tahap 3 & Diploma

Objektif program
  • Meningkatkan bilangan ahli teknologi dan jurutera yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan, bagi industri di Malaysia dengan strandard yang diiktirafkan di peringkatkan antarabangsa.
Program yang ditawarkan
  • Malaysia Meister in Mechatronic, tempoh program selama 24 bulan bekerja & latihan.
Syarat kelayakan
  • Warganegara malaysia
  • terbuka kepada calon lelaki dan wanita
  • calon memiliki sijil kemahiran malaysia (SKM) Level 3 dalam bidang industrial Automation, Mechatrinic, Elektronok, Elektrikal atau yang setaraf 
  • atau memiliki Diploma dalam bidang industrial automation, Mechatronic, Elektronik, lektrikal atau yang setaraf
  • berumur 30 tahun ke bawah semasa mendaftar
  • Lulus ujian pemilihan dan temuduga dengan pihak Syarikat tajaan
  • Tiada tunggakan bagi pinjaman tabung latihan PTPK* penangghan pembayaran boleh dibuat dengan syarat tiada tunggakan bayaran ansuran bulanan.
Kelebihan program bagi lepasan SKM tahap 3 & Diploma
  • Bekerja sambil belajar
  • yuran RM31,000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah geran latihan PTPK.
  • Elaun/gaji semasa dalam tempoh latihan ( Rm1000-1500 sebulan daripada PTPK dan syarikat)
  • Manfaat tambahan dari syarikat *( tertakluk pada terma dan syarat)


Tempat belajar yang selesa, juga tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang yang di ceburi. Selain itu, ia juga menyediakan seminar room, kelas, bengkel, dan makmal untuk kelas training.




peralatan yang lengkap memudahkan pelajar,belajar benda baru. untuk memudakan mereka ingat apabila lakukan praktikal.


Ini adalah mesin untuk buat mainan plastik contoh seperti penguin , setiap bentuk mainan memerlukan proses yang lama.



ini adalah plastik sebelum jadi mainan, ia sangat menarik untuk kita pelajari ilmu baru. Untuk belajar di SHRDC tak perlu result yang power yang penting ada sijil yang di perlukan untuk memenuhi syarat yang di kehendaki. 

Kalau korang berminat untuk sambung belajar secara percuma boleh terus daftar dan mohon mengikut program-program yang disediakan. 


Siapa yang berminat boleh daftar segera, tarikh temuduga pada 1 September 2016. Pada jam 10.00 pagi bertempat di SHRDC yang terlepas tarikh tu boleh telefon nombor di bawah untuk mengetahui interview seterusnya.

Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC )

1, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Tel: 03 5513 3560
Fax: 03 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my
Website: SHRDC Selangor

1 comment:

  1. http://inisayepunyebl0g.blogspot.my/2016/09/pelangi-hidup.html

    meh meh bace novel.. hahaha

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.