Header Ads

Petua Menghilangkan Kelemumur Dan Mengelakkan Ia Datang Kembali

Petua menghilangkan kelemumur dan mengelakkan Ia datang kembali, tentu ramai yang berasa risau pelbagai produk telah di gunakan tetapi kelemumur tetap ada walaupun sudah guna produk untuk menghilangkan kelemumur. Jika ada masa boleh guna petua ini untuk hilangkan kelemumur tanpa menggunakan syampu.

Kadang kala cara tradisional lebih berkesan kerana ia menggunakan bahan semula jadi tanda mempunyai bahan lain di dalamnya. Korang boleh pilih salah satu petua tersebut atau cuba kesemuanya, nampak tamak nak semua petua. Aku pun kadang-kadang try semua jenis petua yang ada sebab jika A tak berkesan boleh try yang B kalau B tak berkesan boleh try C dan seterusnya, benda yang paling penting ialah konsisten.


Jangan baru try seminggu cakap tak berkesan, kenalah try lama sikit. barulah nampak hasilnya ia berkesan ke tak pada kulit kepala kita. Apa-apa benda yang kita nak cuba adalah konsisten itu sangat penting.



  • PETUA PERTAMA
Ambil limau nipis kemudian belah kepada dua bahagian, ramas di atas kulit kepala sehingga mengeluarkan air. Lalukan dengan kerap untuk lihat hasilnya sebaiknya lakunya selepas syampu rambut. Aku pernah try petua ini ya Allah sedapnya kepala kurang gatal-gatal, rasa lega sangat tapi sekarang tengah busy tak sempat nak buat, bagi yang free boleh try petua ni.

gambar hiasan
  • PETUA KE DUA
Ambil belimbing buluh dan cincang halus-halus campur dengan santan. korang boleh guna belimbing buluh 10-11 biji nak lebih pun boleh mengikut panjang rambut. Ratakan ke kulit kepala dan rambut, biarkan 5 -10 minit supaya ia meresap kemudia bilas dengan bersih. Amalkan semingu sekali untuk menghilangkan kelemumur.
  • PETUA KE TIGA
Menggunakan santan kelapa. basahkan kepala dan ratakan santan ke seluruh kepala kemudian biarkan beberapa minit dan cuci sehingga bersih. Amalkan selalu supaya rambut korang sentiasa bersih dan bersih daripada kelemumur.


  • PETUA KE EMPAT
Guna buah mengkudu masak, ini kebiasaannya orang buat ubat tatapi kali ni kita guna untuk hilangkan kelemumur. Ambil buah menkudu dan tumbuk sehingga hancur pastikan buat tersebut bersih. Kemudian gosok di kepala sehingga rata, korang boleh amalkan 2 kali sebelum mandi.

gambar hiasan
  • PETUA KE LIMA
Ambil 2 biji limau nipis dan 3 batang serai, Kemudian tapis dan ambil patinya, sapu seluruh rambut korang boleh jadikan ia seperti syampoo jimat kos nak hilangkan kelemumur ni sebenarnya kalau kita guna petua orang dulu-dulu. Gosok sehingga rata kemudian bia sehingga 15 minit, amalkan 2 kali seminggu.
  • PETUA KE ENAM
Randam halba dan kacang hijau selama setengah jam kemudia tumbuk sehingga hancur. Campurkan santan kemudian ratakan di pd rambut dan biar dalam 15-20 minit supaya ia menyerap ke kulit kepala.
  • PETUA KE TUJUH
Ini biasa orang buat masakan tapi kali ini nak guna untuk hilangkan kelemumur. Ambil daun pandan dan tumbuk sehingga lumat. Campur dengan air dan tapiskan ia kemudia usap di kepala diarkan beberapa minit dan bilas sehingga bersih.


gambar hiasan
  • PETUA KE LAPAN
ambil segenggam jerami padi dan bakar sehingga hangus di campur dengan semangkuk santan dan jus limau nipis. Campur bahan tersebut sehingga rata, Sapukan di kepala dan bunggus ramput selama 30 minit kemudia cuci sehingga bersih. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur yang agak terus lakukan 2 kali seminggu.
  • PETUA KE SEMBILAN
Ambil bebrapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam bekas dan ramas daun tersebut menggunakan air, Gunakan air ramasan daun nangka dan durian tersebut sapukan di kepala lakukan seperti syampu. 

Ada yang mengatakan takut tak menjadi tapi korang kena yakin dan lakukan dengan konsisten. Masalah orang kita ni baru buat 2 ke 3 bulan terus malaskan. Kebiasaannya kulit kita pun memerlukan masa dengan perkara yang kita jarang buat, jadi korang kena buat dengan konsisten ya. 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.