Header Ads

Raya Giveaway Festival Produk Kecantikan Dari Korea Percuma

Raya giveaway festival produk kecantikan dari korea percuma, Ini adalah berita baik bagi kaki makeup yang sukakan barang makeup dari korea. Korang akan dapat barang makeup percuma untuk raya nanti dari 1 Jun selagi stok masih ada mengikut terma dan syarat. 

Siapa yang gemar produk Althea? Barang mereka memang direct dari Korea nak cantik macam artis Korea kena dapatkan makeup di Althea tau. Aku pun ada pakai produk kosmetik Althea cantik je bila pakai muka nampak glowing. Nak bagitau Althea ada buat giveaway festival sempena nak raya ni ada hadiah percuma bagi mereka yang shopping di Raya Giveaway Festival barang kosmetik yang ada berkualiti, nak raya nanti senang bila dah ada koleksi kosmetik tinggal tup-tap tepek kat muka dah cantik.



Best tau shopping di Althea ni, bukan saja barang kosmetik dia berkualiti tapi kotaknya pun cantik, sebab tu aku suka shopping di Althea. Bila dah shopping korang boleh pilihan hadiah percuma yang di sediakan terdapat 9 jenis barang kosmetik yang menjadi top seller oleh penggemar kaki makeup.



Raya Giveaway Festival ini hanya sah bagi mereka yang berada di Malaysia, Singapura dan Indonesia jadi bersyukurlah korang berada di negara tersebut sambil shopping boleh jimat dan dapatkan produk idaman secara percuma, Bestkan. Althea ni sangat pemurah walaupun produk berkualiti tetapi harga mampu milik tak terlalu mahal dan kadang ada promosi pula tu. 

Sekarang ni pun lagi pemurah nak bagi hadiah percuma bagi pelanggan yang shopping di Althea. Korang kena ambil peluang ini bukan mudah nak dapat peluang macam ni dapat hadiah percuma bila shopping. Pada bulan ramadhan ni ramai yang tengah cari peluang nak jimat lagi pun kos hidup semakin meningkat, selain shopping online Althea akan berikan Box percuma ia adalah terhad dan akan di beri kepada mereka yang layak.

3 jenis saiz kotak 

Nak tau tip dapatkan Box percuma bagi mereka yang layak? korang kena shopping di Althea dan beli barang kosmetik yang berada di laman web tersebut tetapi jangan terlalu sikit sebab ia  boleh menyebabkan risiko. Risikonya adalah bila korang order barang sikit ia terlalu banyak ruang di dalam kotak tersebut dan boleh menyebabkan barang rosak sebab kurang beban. 


Jadi bincang dengan kawan-kawan, sedara ke, kakak ke pakat-pakat dengan dorang shopping di Althea kalau banyak korang layak dapatkan Box tersebut. Boleh shopping sekarang supaya dapat pilih hadiah percuma yang di sediakan Althea dan dapatkan kotak edisi terhad yang tiada di pasaran. Kotak tersebut boleh di guna semula untuk letak barang-barang makeup lagi pun ia cantik dan tak cepat rosak.

3 comments:

  1. first time dgr produk ni...

    ReplyDelete
  2. All the besttt! Althea memang best! Suka tgok barang mekup kat situ.. dah la kotaknya cantik

    ReplyDelete
  3. Macam best je ni. Jarang-jarang rasanya guna produk Korea. Mask je pernah :)

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.