Header Ads

Pakej Perkahwinan Di Shah Alam Serendah RM25+/Pax - Dewan Raja Muda Musa

Pakej perkahwinan Di Shah Alam serendah RM25+/Pax - Dewan Raja Muda Musa, Di sini aku nak cerita pakej perkahwinan yang murah bagi mereka ingin jimat serta sebagai guideline kepada bakal pengantin yang tercari-cari tempat yang luas untuk mengadakan hari istimewa mereka. Kalau korang tak sempat untuk buat persiapan juga boleh terus buat tempahan di tempat ini juga.


Kalau dah pening tak tau nak buat macam mana dan tempat nak bersanding pun takde, korang boleh buat tempahan di Dewan Raja Muda Musa adalah tempat yang paling sesuai, sebab sekarang memang susah nak cari tempat untuk perkahwinan banyak rumah sudah di bina, bila kita jemput tetamu tempat untuk menjamu tetamu makan dah tak ada.

Dewan Raja Muda Musa ini boleh memuatkan 3000-4000 orang tetamu dalam satu masa, korang bolehlah jemput tetamu seramai mungkin kalau nak sebab ia memang luas. Kalau datang dan tengok sendiri dewan ni memang luas dan rasa kagum dengan leluasannya.


Ia juga di lengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, yang boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa ramaikan? . Okey kemudahan asas yang  ada ialah surau, tandas dan tempat letak kereta yang luas ia boleh memuatkan sebanyak 500 buat kereta. Bila aku tengok tempat letak keretanya memang dah tak payah pening kepala fikir nak parking kat mana lepas ni kalau lambat datang.

Disebabkan dewan ini sangat luas pengantin boleh ambil peluang posing semasa berjalan di red karpet yang panjang, dan boleh penuhkan album perkahwinan korang nanti. Kalau baju panjang meleret tak yah risau takut orang terpijak ke sebab nampak dan jelas busana pengantin tau.

Pernah tak korang fikir benda yang sama macam aku? kalau lambat takde tempat untuk parking, ia macam konsep siapa cepat dia dapat, gitu. pernah tak pernah tak? Orang melayu ni seorang yang busy banyak sangat jemputan kalau hari minggu macam retis nak pergi wedding sana, ada jemputan sini jadi masa tak tentu nak mai mana satu.


Bilik seminar kebiasaannya para pengantin akan buat majlis akad nikah jadi korang tak perlu bekejaran untuk datang ke majlis sanding pula, risau tetamu tunggu pengantin tak sampai-sampai. Dalam satu masa pagi korang boleh akad nikah dan tengah hari boleh sanding. Mudahkan  buat majlis di tempat yang sama. Walaupun kebiasaannya orang biat majlis akad nikah dekat masjid tapi tak salah nak buat tempat lain yang penting SAH. tak gitu.

Dewan ini bukan sahaja luas tapi exclusive, siap ada bilik VIP tau khas untuk tetamu istimewa. Kalau dewan biasa satu dewan. Dekat situlah tempat makan beradab, dekat situ juga tempat tetamu istimewa makan. kalau korang ambil full pakej semuanya akan disediakan seperti sistem audio asas, mini pelamin, kerusi bersarung, katering, dan meja buffet semua tersedia, nak buat dekat dalam dewan pun boleh.


Bagi yang tak tau Dewan Raja Muda Musa ni bersebelahan Laman Kayangan, klu yang mudah nak tau ia juga dekat dengan Unisel Shah Alam. Masa aku sampai sini dorang tengah buat persiapan majlis Hari Raya untuk TNB susunan meja memang kemas dorang buat, deko pula pihak TNB ada yang buat sendiri dan ada yang di tempah.

Sejujurnya tempat yang agak sempit boleh membuatkan kita kurang pernafaan jika tempat terhad kerana udara juga terhad jadi jika korang buat majlis di tempat luas ia membuatkan semua orang lebih selesa dengan keadaan sekeliling. Apa yang menarik sebelum ambil pakej perkahwinan di DRMM korang boleh try food testing yang di pilih untuk majlis nanti, jadi boleh pilih menu yang sesuai untuk tetamu nanti.

Selain majlis perkahwinan, ramai juga yang booking untuk event lain seperti majlis korporat, majlis makan malam, karnival jualan, majlis sukan dan lain-lain acara. Kalau nak tengok DRMM boleh datang terus ke seksyen 7 Shah Alam. Detail boleh tengok di bawah:-


Alamat:-
Dewan Raja Muda Musa
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan ,
40000 Shah Alam , Selangor

 Nombor telephon
011-1301 0276 / 03-5512 5582 / 03-5511 8236

2 comments:

  1. Wow.... luasnya tempat dan murah pulak tu. Maybe, jika nak buat apa-apa keraian, bolehlah rujuk kat pakej yg ditawarkan di sini.

    ReplyDelete
  2. serba lengkap pakej yang ditawarkan. memudahkan bagi mereka yang hendak membuat majlis perkahwinana. Perkonsian yang menarik.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.