Header Ads

Jadilah Pemandu Yang Berhemah

Jadi Pemandu Yang Berhemah. Sebenarnya boleh di katakan semua pemandu pernah buat salah, bila berada di atas jalan raya. Sejujurnya zira memang cepat hilang focus bila banyak benda sedang fikir semasa di atas jalan raya. Bila hilang tumpuan mula berangan, walaupun semasa memandu. Zira memang macam ni, bila mula berangan banyak benda fikir sampai tak ada jalan penamat.

Selain hilang focus sebab banyak fikir, zira sejenis nak cepat sampai ke destinasi, tak habis balas whatsapp lagi nak sambung whatsapp dekat kereta sambil memandu. Bila bunyi dipp… mesti rasa nak tengok hanphone, kadang kala terfikir apa yang orang balas dekat whasapp dan di situ mula anda akan kurang focus semasa memandu. Bila mata sudah focus ke handphone cara pemanduan sudah tak betul, sekejap ke kiri sekejap ke kanan



Apa yang zira pernah alami, masa itu tengah sibuk nak balas whatsapp kawan, setiap apa yang dibalas rasa ia penting walaupun hakikatnya tak berapa penting tiba bila trafik light terkejut sebab lampu bertukar merah dan break emergency. Mulalah  berdebar dupdap-dupdap dalam hati kata nasib baik sempat break dan tak ada kenderaan di belakang kalau tak mesti kemalangan, dah kena keluarkan duit. Kalau puluh-puluh boleh la keluarkan duit tapi kalau beribu mesti menggigil tangan nak bayar itu ini. 

Sepagai pemandu jalan raya apa yang zira perhati, ramai pengguna jalan raya bila dekat highway jika tak banyak kenderaan mesti akan pecut dan bawa laju 120km sedangkan had laju yang di tetapkan 90km. Walaupun tak ada kenderaan kita perlu patuh pada undang-undang demi keselamatan anda dan orang tersayang, bila kita ni pentingkan diri sendiri tanpa berfikir dengan waras sebab nak sampai ke destinasi dengan cepat orang lain akan jadi mangsa.



Selain itu, perhatikan dan ikuti peraturan lalu lintas, biasa lalu lintas untuk budak sekolah kita tak perasan bila anda focus kepada telephone bimbit jadi perhatikan betul-betul supaya kanak-kanak yang ingin melintas jalan dapat melintas dengan selamat. Semua orang ada tanggungjawab demi keselamatan diri sendiri dan orang lain, entah bagaimana untuk mengingatkan orang lain pentingnya tetapi sekarang sudah banyak cara supaya kita ingat kerana banyak banyak iklan di television dan radio beritahu pentingnya jangan memandu semasa menggunakan telephone bimbit



Disebab dengan kelalaian kita orang lain akan jadi mangsa tanpa kita sedar, cuba anda fikir jika orang lain yang salah tapi kita yang kena sudah tentu kita akan marah. Zira terus menjadi sedikit insaf bila tengok iklan kemalangan jalan raya dengan darah manusia mengalir atas jalan, mesti keluarga mereka sedih jika ada nyawa antara ahli keluarga mereka yang hilang.


Jika risau kemalangan berlaku terdapat sebuah badan yang memegang polisi syarikat insuran, mereka yang mempunyai insuran boleh memilih bengkel untuk membaiki kenderaan mereka yang diinsuranskan. Oleh itu, Jika anda mempunyai insurance ada beberapa pilihan bengkel yang anda boleh pergi. Setiap negeri ada, jadi anda boleh semak tempat yang terpilih yang di luluskan oleh PIAM 

Anda juga boleh tengok garis panduan bagaimana nak tuntut insuran sebab biasanya ramai yang mengadu proses tuntut insuran mesti lambat. Setiap kerosakan dan diinsurankan adalah untuk melindungi kerugian harga benda seperti kebakaran, dengan garis panduan di PIAM harap ia dapat di proses dengan cepat.

Selain PIAM, anda juga boleh ambil MTA "Malaysian Takaful Association". Jika anda ingin melindungi orang-orang yang anda sayang anda boleh ambil pelan insuran dan takaful di bawah perlindungan Tenang. 
Malaysian Takaful ini lebih kepada perancangan masa depan yang menawarkan anda dan keluarga sentiasa dalam keadaan selamat, seperti kematian, kebakaran dan perkara yang tidak di jangka.




Baru sahaja baca di lama sosial facebook ada pengguna jalan raya yang meninggal akibat menggunakan telephone bimbit dan ada juga yang langgar lari kerana membawa kenderaan melebihi had laju yang di tetapkan. Sebenarnya, perkara ini tidak harus terjadi kerana kita boleh elakkan.

Jika rasa ada emergensi anda boleh pesan rakan sebelah untuk jawab telephon tersebut atau berhenti di RnR. Setiap pemandu haruslah berfikir secara waras tentang keselamatan jalan raya dan akan memastikan perjalanan yang lebih selamat, dengan mengikut undang-undang yang di tetapkan.

2 comments:

  1. Ada had laju pun tak ramai yang patuh tambah bila musim perayaan. Semua laju-laju langsung tak fikir pemandu lain. Entah apa yang dikejar entahla.

    ReplyDelete
  2. Kalau semua pemandu berhemah dan hormat orang lain, mesti kemalangan dapat dikurangkan, insyaAllah..

    https://www.tipsummi.com/tips/tips-kurus-dengan-detoks-agar-tidak-mudah-gemuk-kembali/

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.