Header Ads

Pelamin Yang Sesuai Di Jadikan Tema Garden

Pelamin yang sesuai di jadikan tema garden, sekarang bila musim cuti je mesti ada orang kahwin tak kisah lah cuti umum ke cuti sekolah ke. Jodoh tak ada siapa tahu, bila dah jumpa jodoh masing-masing nak halal kan hubungan.


Bila pasangan serius, mesti bakal pengantin nak buat persiapan majlis. Atas kekeliruan yang melanda zira share sikit design pelamin bagi yang blur, nak kahwin tapi tak tau nak pelamin macam mana. Di sebabkan zira ini pencinta alam jadi nak share design bertemakan garden dekat anda semua.

Siapa ada design garden yang lain boleh tinggalkan link dekat komen. Kalau ada request nak tengok design lain nanti zira share. Seperti sedia maklum.. ke semua design pelamin ini yang buat kakak zira jadi yang berdekatan dengan rumah area meru, klang, Kapar, shah alam, dan Kuala Selangor boleh order.



Jika anda ada design sendiri boleh bagitau dan kalau nak design yang sedia akan juga boleh habaq. Tema garden di ramai yang suka cuma tema jungle je tak ada lagi orang buat. Rasa nak buat pun ada tapi risau takut tetamu tak di undang datang.

Masa raya sebelum ni, dah la ada monyet datang habis lampu lip-lap tercabut dek kerana depa gayut dekat tiang. Dah tak boleh berkelip lampu lip-lap tu nasib baik murah sepuluh senggit je. Seronok wei tengok orang naik pelamin, tak sabar nak naik pelamin sendiri.



Harap angan-angan jadi kenyataan, boleh posing dekat pelamin sendiri. Anda yang sudah berkahwin tu dulu tema apa masa kahwin ke ikut mak. Tak kisah apa-apa jelah. Yang belum kahwin pula nak tema apa? Bila cerita bab kahwin seronok tapi lepas abis je majlis kena ngemas pula. Dah pandai buat majlis pandai lah kemas ye dok.




Eh, ada ke yang nak kenal empunya designer pelamin ni? Kalau nak kenal boleh ambil je number yang ada dekat gambar. Itu number kakak senangkan nak contact tengok gambar je. Okey nak datang butik tu boleh ia berdekatan sekolah rendah kebangsaan bukit kapar, bersebelahan kedai Aju.

5 comments:

  1. Suka betul tengok pelamin yang guna banyak bunga2 ni..Nampak berseri..

    ReplyDelete
  2. Knp cantik sgt ni semua pelamin dia? dulu teringin nk tema cmni tp wedding planner buat hal.. bunga yg bg pon simple..walhal dh byr mahal2... sakit hti..

    ReplyDelete
  3. Wahhh cantik, memang macam dalam garden la

    ReplyDelete
  4. Bgus pnduan ni. Kang tema garden salah pilih pelamin.. cacat ooo majlis

    ReplyDelete
  5. berkenan la design ni. simple dan sedap mata memandang

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.