Header Ads

Waktu Yang Sesuai Untuk Post Di Laman Sosial

Waktu yang sesuai untuk post di laman sosial, ramai sekarang zira tengok berjinak-jinak dengan perniagaan ini, samaada, suri rumah atau yang memang sudah ada pekerjaan tetap, mereka mesti rasa tak cukup jika tak buat side income lain. Pendapatan itu juga yang membantu dalam masalah kewangan.


Jika kita nak berniaga kena rajin promot betul tak? Kalau tak promot tak laku jualan kita jadi kita tak akan dapat side income. Apa yang anda perlu tahu ialah cari masa yang sesuai untuk promot. Sekarang dah bermacam-macam jenis laman sosial yang kita boleh promot.

Di situ, anda harus ambil peluang bijak untuk promot produk yang anda jual tapi jika waktu tak sesuai tak ramai akan tahu tentang produk anda. Okey, hari ni zira nak berkongsi sedikit waktu yang sesuai untuk anda promot produk di laman sosial.


Facebook, laman sosial ini sangat popular di kalangan penjual. Siap ada group bisnes bagi penjual. Kebanyakkannya, zira tengok ramai yang jual dekat facebook, sampaikan facebook personal pun dah macam kedai. Macam-macam penjual promot produk dekat situ.

Untuk kita eratkan hubungan dengan pelanggan kita juga perlu brandingkan diri kita atau kita kena tau, macam mana nak orang ingat kita supaya senang kita nak beli produk tanpa kita bagitau.

Contoh: kita share kelebihan setiap applikali di google play store, apa kelebihan whatsApp bisnes. Di samping tu, anda boleh selit-selit sikit produk yang anda jual antara pukul 1-4 petang. Promot tanpa menggunakan Fb ads.


Instagram, ramai juga suka menggunakan laman sosial Instagram untuk bisnes. Instagram ini biasa pelanggan suka tengok gambar. Jadi kita anda gemar menjual di Instagram anda perlu letak gambar yang cantik untuk menarik ramai follower atau letak video pendek.

Anda boleh update di instagram antara pukul 11 pagi-1 petang dan 7 malam - 9 malam. Waktu ini mesti ramai yang nak cuci mata tengok gambar-gambar yang cantik. Instagram jual adalah laman sosial yang menjadi pilihan pelanggan masa kini hanya letak gambar pun sudah cukup tanpa perlu buat copy writing.


Twitter, hanya perlukan ayat yang pendek dan simple sahaja. Twitter ini sangat terhad, tak boleh tulis panjang, jadi jika anda menggunakan laman sosial ini, anda perlu menggunakan ayat yang ringkas tapi padat untuk menarik perhatikan pelanggan.

Antara waktu yang sesuai ialah 12-1 petang, waktu ini ialah waktu makan tengah hari, waktu rehat yang singkat dan adalah sesuai buat mereka yang ingin melihat kedai online yang simple. Anda juga boleh letak gambar yang cantik untuk menarik perhatikan pelanggan.


Jarang kita dengar orang jual produk di Linkedin, tak ramai yang ada laman sosial ini, ntuk pengetahuan anda laman sosial ini sangat popular di luar negara. Zira juga ada laman sosial ini tapi tak lama tak buka. Di situ, memang follower omputih banyak.

Bagi yang ingin menjual produk di luar negara anda boleh promot di Linkin, tapi Hati-hati jangan sampai kena skem. Antara waktu yang sesuai untuk post ialah 10-11 pagi. Untuk anda lebih semangat berbisnes anda perlu ada sesuatu yang memberi semangat kepada anda. Macam zira ini, HQ beri semangat dengan memberi reward kepada angel yang capai target. Nak tau apa rewardnya boleh tengok gambar pertama di atas.

Rasa teruja dan semangatkan nak buat bisnes ni bila kita dapat reward selepas penat buat kerja. Jika anda teringin nak dapat reward macam itu dan ingin menjadi sebahagian agent imaan anda boleh klik New angel  selepas klik anda akan dapat Id agent dan isi maklumat yang di perlukan.

13 comments:

  1. Wahh thanks sharing info ni..pasni kena tgok time bila nk post

    ReplyDelete
  2. Selalu post bila dah lapang lapang. Yela, kadang nak kena take time tuk masak la. Kasi anak anak tidur dulu la.
    Yang penting update. Selalu update kat instagram. Facebook ni jarang jarang. Takut nanti kena block. Hehe

    ReplyDelete
  3. Betul jgk. Kadang2 like & komen di socmed juga sendu..mgkn post pd waktu yg x sesuai

    ReplyDelete
  4. ade jugak time2 yg sesuai kan sis..tq sharing zira..sangat berguna dan bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Wah..bagus tips nih..Penting untuk peniaga online tahu ni.

    ReplyDelete
  6. mmg pun kalau keja kita sebagai social media influencer benda gini kena amik tau...blog pun ada masanya jugak..huhu

    ReplyDelete
  7. Lepas ni nk try post ikut waktu2 mcm tu.. Nk tgk mcm mana nanti

    ReplyDelete
  8. nampak juga orang share pasal ni..tapi nad bantai je pukul berapa nak post..hahaha..

    ReplyDelete
  9. wah.. baru tau time2 yang sesuai nak posting .. tq zira

    ReplyDelete
  10. Kena ikut tips nih. Thank you share info

    ReplyDelete
  11. Memang ada masa2 tertentu ye? Baru tahu hehe

    ReplyDelete
  12. Terima kasih share tips ni.. Kita post waktu free hahaha aduhaiii

    ReplyDelete
  13. Thanks for the info.. selalunya main post je..skrg dh tahu time yg sesuai

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.