Header Ads

Beli Barang Dari Indonesia Melalui Tolong Beli Dot Com

Beli Barang Dari Indonesia Melalui Tolong Beli Dot Com | Tolong beli adalah website yang mudah untuk kita beli barang dari Indonesia tanpa pergi ke sana. Banyak barang yang susah di dapati walaupun melalui shopping online kerana ia bercampur dengan barang China seperti Shopee dan Lazada. Jadi bagi sesiapa yang nak jadi penjual dan beli secara borong anda boleh ke website Tolong Beli.

Bagi mereka yang ingin jual barang Indonesia di Malaysia, seperti Makanan atau pakaian anda boleh minta tolong admin dan whatsapp beliau untuk beli barang di sana. Tak semua barang Indonesia mudah di dapati. Anda boleh lihat barang-barang indonesia di Tokopedia tapi jika taktau cara buat belian mudah saja, anda boleh minta bantuan dari tolong beli.


Sebagai contoh, coklat Momogi ini tak ada dekat Malaysia jadi boleh screen shoot atau beri link website dan tolong beli akan belikan coklat tersebut untuk anda secara pukal, yang ingin buka kedai serbaneka atau kedia runcit sangat sesuai untuk beli barang dari Indonesia sebab harga di sana jauh lebih murah.

Apa yang bestnya pembayaran adalah menggunakan mata wang Malaysia walaupun beli barang dari Indonesia, tak perlu pening kepala dengan mata wang asing. Layanan juga bagus, di whatsapp anda akan di layan sebaiknya bukan robot yang balas whatsapp anda. 

Benda paling utama adalah, kepercayaan atau terjamin. Mereka akan memberi kepercayaan dan lakukan pembelian untuk anda sehingga anda dapat barang. Macam zira pernah kena tipu waktu PKP dulu hangus dekat RM3k juga, sebab terlalu percaya pada orang yang kita baru kenal dan tak ada pun website dia, cuma whatsapp je.

Waktu itu, beli mask banyak juga order kita dahulukan duit sendiri sebab tak nak orang kata kita tipu, dah bayar tapi barang tak dapat. tengok-tengok diri sendiri yang rugi. Seminggu juga termenung, dah la waktu PKP takde duit kena tipu pula tu. Bila call kena block, whatsapp pula tak di balas. Nak kawin pula masa tu, asik termenung nasib je takde siapa boleh bantu.

Sebab itu, Zira share dekat korang website yang boleh di percayai. Website ni pun zira baru tau, kalau tak dari dulu lagi suruh je pihak Tolong Beli belikan, tak perlu risau nak keluarkan modal berapa. Sekarang modal pun sikit je, jadi kena lebih hati-hati nak berniaga. 


Servis perkhidmatan di Tolong beli meliputi Malaysia, Singapura dan juga Brunei. Untuk postage Udara mereka cover dari Indonesia ke Semenanjung Malaysia(West Malaysia) dan Sabah Sarawak(East Malaysia), Singapura dan Brunei. Siapa yang duduk di Singapura atau Brunei boleh minta bantuan dari tolong beli juga.

CARA ORDER
  1. Pilih item yang ingin di beli
  2. Buat pembayaran
  3. Tunggu barang sampai
Anda boleh tonton video di sini  

Secara detailnya jika gambar kurang jelas, boleh baca di bawah:-
  • Whatsapp pihak Tolong beli, dan berikan nama dan alamat lengkap serta number telephone. Beritahu barang apa yang hendak di beli.
    • contohnya:- 
      • kosmetik atau makanan
  • Pihak tolong beli akan minta link barang yang kita nak, dan jelaskan serba sedikit tentang barang yang hendak di beli seperti maklumat pakaging, saiz dan sebagainya.
  • Setelah maklumat dan link di berikan, mereka akan kira kos pos yang di persetujui dan bayaran di buat dengan mata wang RM.
  • Walaupun belian sudah di lakukan, tetapi seller tidak terus order kerana mungkin barang tak ada stock. Oleh itu, mereka akan maklumkan kepada kita untuk cari barang lain atau sebaliknya.
  • Setelah barang sampai di warehouse Indonesia, mereka akan ukur dan timbang semula jika ada penambahan kos pos. Jika tiada, barang akan terus pos dan number traking akan di beri.
  • Setelah dapat number traking, anda boleh check dari masa ke semasa. Jika ada kelewatan kebiasaannya di kastam, seterusnya akan terus sampai di rumah anda.
Cara Pengiraan

Setiap barang, berat adalah berbeza-beza jadi anda boleh kira seperti gambar di bawah. Jika tak tahu cara kira untuk kos pos Indonesia ke Malaysia, Pihak tolong beli akan kirakan kos pos yang anda ingin beli barang di Indinesia.




TESTIMONI TOLONG BELI

Setiap testimoni adalah berbeza, dan barang juga berbeza yang tak tahu beli online mudah saja, anda boleh beli barang secara online, hanya minta bantuan dari tolong beli, belikan barang anda. macam-macam barang yang bereka dah belikan seperti mainan, pakaian, gadjet dan sebagainya.

Nak tengok testimoni yang lain? klik sini 



Cara pembayaran boleh di lakukan secara online, jadi mudah kita nak order barang dan kembangkan bisnes atau kepuasan setelah barang sampai. Seronokkan bila barang dan sampai ke tangan kita dengan selamat. Ini antara online banking yang boleh di gunakan untuk buat pembayaran kepada Tolong beli.

Tokopedia adalah laman web yang agak popular di Indonesia tapi orang Malaysia yang boleh beli barang di laman web tersebut sebab ia menggunakan mata wang rupia tapi ada cara untuk dapatkan barang di laman web tersebut jika anda berkenan yang ingin membeli barang seperti di laman web tokopedia iaitu boleh membeli melalui Tolong beli, mudah dan simple.


No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.