Header Ads

Rindu Bertamu Di Abu Dhabi




Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yang pegang watak Faiz. Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh  Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati).

Pada hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.

Ain bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.

Cite ni nak abis....arggg, mesti rindu nak tengok lagi cite rindu bertamu di Abu Dhabi, sedih bila Ain meninggal ketika melahirkan cahaya mata pertama dan Mira tinggal sebatangkara adik kepada Ain. Saksikan cite ini hingga akhir....

slamat menonton. Nuffnang Ads

2 comments:

  1. ziraaaaa.....ain nak sgt tgk cete nie....sedihnya...kat mana yer nak tgk??...serius ke ain mati time bersalin???...ohhhh...noooo.... ain nk tgk coz sbb ada nama ain...:)

    ReplyDelete
  2. cube tengok kat youtube @ tonton

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.