Header Ads

Steamboat I jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum 
Alhamdulillah, terpilih antara berpuluh-puluh peserta yang sertai contest Saya Nak Rasa Steamboat M2Cafe .Page Bloogger sentiasa memberi peluang kepada blogger yang berkesempatan sertai contest yang dianjurkan.Jika ualls ingin sertai even atau contest jemput like Bloogger okey.....

Sebelum ni zira ada publish entri steamboat M2cafe yang terdapat banyak makanan segar yang telah di hidangkan kepada pelanggan sesuai yang gemar makan makanan laut. Si penggemar makanan laut jangan lepaskan peluang ini kerana anda akan merasa rugi, makanan di M2cafe mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri. Kalau nak tau Ualls boleh baca entri INI .
Minat Nas sejak die jadi pengacara Kelab Disney Malaysia, kartun dulu-dulu memang best bila di tayangkan semula kartun seperti Mickey mouse dan Donald duck keringat zaman kecik-kecik dan pengacara die (^_^). Ni la pengacara jalan-jalan cari makan sekarang nak cari tempat untuk makan? jangan lupa tengok jalan-jalan cari makan. 


Api yang tengah membakar periuk menyebabkan tak sabar nak makan sup ayam dan sup udang, hamik kau skali dua sup zira cuba. Copstik, sapa yang reti pakai boleh la guna, zira pandai ke guna copstik? hahaha, anda sudah tertipu *maaf ye* pompuan melayu orang kampong pulak tu, mane reti pakai benda alah tu jadikan hiasan boleh la tak pun koleksi kat umah. Mana la tau ada tetamu datang & dah biasa pakai boleh la bagi.

Haaa, ni la makanan yang first zira amik, sate paberet tu kalau bagi ni jer pun dah cukup, tapi dekat sini kuah dia bukan kuah kacang cam yang slalu kita makan mereka sediakan kuah BBQ. Lepas abis makan sate baru pandang-pandang & jeling-jeling sikit makanan lain kalau terlebih pandang & jeling susah pulak orang lain tak dapat makan huhu.....

Nampak segarkan makanan laut ni, Taip entri ni terasa nak makan steamboat lagi, Wat entri pasal makanan sapa la yang tak terliur lagi-lagi bila tengok makanan tu kita suka lagi la cam orang ngidam mesti nak cari jugak makanan tu. Masa masak makanan ni sume fuhhhh, bau dia tak bole tahan memang sedap ni belom lagi makan.
Cer tengok bape manyak makanan yang segar kat sini? Kalau anda datang sini mana satu anda akan pilih?? ketam ka, udang ka, sotong ka, kepah ka, atau balun semuanya. Selain tu, sayur pun ada sapa yang vegetarian boleh jugak datang dan sangat di alu-alukan. 

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.