Header Ads

Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia


Produk hilangkan parut terbaik di dunia, sekarang banyak produk di pasaran untuk hilangkan kesan parut tapi korang kenalah pandai pilih mana satu yang sesuai untuk kulit . Siapa yang suka ada parut? semua tak suka sebab ia tak nampak cantik terutamanya parut di muka.

Semua jenis parut kita tak suka termasuklah jerawat, luka, melecur, kemalangan dan gatal-gatal. Kalau ada parut membuatkan diri kita kurang berkeyakinan rasa nak duduk rumah saja sepanjang hari tapi apakan daya kita perlu juga keluar rumah untuk bekerja demi sesuap nasi. Kadang aku keluar rumah cover-cover sebab ada parut jerawat yang sangat ketara malu bila orang tegur.

PETUA HILANGKAN PARUT
  1.  Sediakan dua batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk sehingga rata dan campurkannya bersama bedak sejuk. kemudia sapu parut tersebut ia juga boleh menghilangkan bintik hitam.
  2. Petua kedua menggunakan daun lidah buaya, Ambil lendir daun lidah buaya kemudia sapu di tempat yang ada parut. Lakukan tiga kali seminggu, kaedah ini aku pernah buat tapi baunya yang tak tahan kuat sangat tapi ia memang bagus untuk kulit kita.
  3. Ambil sedikit asam jawa dan air, jangan terlalu pekat atau cair. gaul sehingga rata. Kemudian sapu di tempat yang ada parut biarkan sehingga kering sebaiknya lakukan sebelum tidur.
Walaupun sudah ada pelbagai petua yang bagus, kadang kala kita tak sempat buat sebab selalu nak cepat dan kejar masa. Di zaman sekarang semua orang nak benda yang lebih mudah dan ada depan mata tinggal gunakannya sahaja.

Mungkin ada yang tercari-cari produk di pasaran yang boleh hilangkan kesan parut tanpa perlu lakukan benda yang remeh-temeh. Ini aku nak memperkenalkan beberapa produk yang bagus untuk hilangkan pelbagai jenis parut, nak bagi lebih berkesan ia bergantung kekerapan korang menggunakannya jangan skip pula memang lambat nak hilang dan merungut produk ini tipu.

PRODUK TERBAIK UNTUK HILANGKAN PARUT DAN BEKAS JERAWAT DENGAN PANTAS DAN BERKESAN DI DUNIA
1. AZANIS SCAR SERUM

Produk Azanis memang popular dan ramai testimoni mengatakan ia sangat berkesan menghilangkan parut dan jerawat.  Boleh di katakan 2 in 1, mestilah kita nak produk yang boleh di gunakan pelbagai tempatkan kalau satu je fungsinya menghilangkan parut, rasa membazir beli produk yang satu je kegunaan, kemudian kena beli yang lain pula untuk menghilangkan parut di tempat lain, dah ada dua produk.

Azanis scar serum menggalakkan pembaikan parut dan melicinkan kulit, ia juga dapat menghilangkan kemunculan parut lama dan baru dengan mendalam ia menghidratkan dan melembutkan tisu parut di samping menggalakkan sintesis kolagen. Selain itu, kelebihan Azanis ialah melindungi kulit daripada semua unsur-unsur yang menghalang pertumbuhan semula tisu yang rosak.

Yang berminat korang boleh dapatkan Azanis scar serum di farmasi berdekatan harga RM60 dan boleh beli secara online. Azanis lebih pantas dan cepat menghilangkan parut, kerana ia mempunyai Vita-Cocoa Booster Formula yang merupakan gabungan khas 100% tertumpu Natural Vitamin E (d-alfa tokoferol) dan Cocoa Butter organik (minyak Theobroma).

2. WHITE LOTUS
Ini adalah produk yang boleh menghilangkan kesan parut, White Lotus menggunakan kepakaran dengan campuran khas anti penuaan herba Cina ia mempunyai minyak bunga kamelia yang disahkan organik (minyak teh hijau) asas serum yang hebat. Kita semua tahu orang cina ni kaya dengan herba tradisional yang sangat popular dan berkesan merawat penyakit.

Aku pelum pernah menggunakan produk White lotus ni jadi tak pasti berapa lama parut akan hilang. Untuk pengetahuan semua white lotus mempunyai minyak Camellia adalah sangat pelembab pada kulit, Namun tidak menghalang liang atau menyebabkan kulit berminyak. 

Ia telah digunakan selama berabad-abad di China untuk melindungi kulit daripada kedutan dan kekeringan. Ia juga digunakan di China untuk melindungi kulit daripada sinaran UV harga RM35.95 sahaja.
3. BIO OIL

Ramai yang mengatakan bahawa produk Bio oil ini membantu mereka mencapai peningkatan yang ketara dalam penampilan dan tekstur kulit mereka. Selain mengalami kesan positif pada kulit. Walaupun bau mungkin kurang menyenangkan tetapi ia baik untuk penjagaan kulit. 

Bio Oil ialah produk yang terkenal untuk menghilangkan kesan parut, dan banyak menarik perhatian media kerana keberkesanannya. Jenama khusus ini telah berkembang dan ia telah banyak memasuki pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Ireland, Guatemala, Peru, Rusia, Turki. Bio-Oil ialah produk yang boleh menangani parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata, ramai yang hadapi.

Minyak PurCellin berasal dari itik (ia adalah bahan membebaskan kulit untuk menjaga bulu dengan kalis air), terbukti ia dapat mengatasi masalah kulit. Mengikut testimoni yang pernah menggunakan Bio oil ia hanya mengambil masa dua minggu untuk menghilangkan kesan parut tatapi tengok juga jenis parut yang di hadapi.

4. DERMATIX

Dermatix juga adalah produk menghilangkan kesan parut seperti luka, bekas luka kadang kala sangat menggangu keselesaan kita. Jadi, memang ramai mencari produk menghilangkan parut supaya kehidupan seharian kita tidak terganggu. 

Dermatix adalah inovasi terbaru formula merawat bekas luka, yang terbukti efektif memudarkan, meratakan dan menghaluskan bekas luka menonjol. Dermatix berupa gel silikon topikal yang transparan, cepat mengering dan membantu mempertahankan keseimbangan kelembaban kulit, di samping kemampuannya untuk membantu merawat permukaan kulit yang mengalami luka parut, luka bakar dan luka-luka lainnya.

Dekat Lazada juga ada jual Dermatix dengan harga RM118.90. Korang lepas ni mudah je nak dapatkan Dermatix beli je online. Dermatix Ultra mengandung Cyclopentasiloxane ( CPX ) technology yang berfungsi untuk melembabkan, meratakan dan menghaluskan bekas luka. Selain itu Dermatix Ultra mengandung Unique vitamin C Ester memudarkan bekas luka dan melindunginya dari sinar UVA dan UVB.

Dermatix Ultra gel tidak boleh digunakan pada luka terbuka atau luka yang masih baru sebaiknya tidak bersentuhan dengan membran mukosa, atau digunakan di sekitar mata. Dermatix Ultra sebaiknya tidak digunakan bersamaan dengan ubat kulit lainnya tanpa nasihat dari doktor.

5. MEDERMA

Mederma juga popular dengan produk menghilangkan bekas parut, bagi mereka yang kurang sesuai pada kulit akan ada rasa gatal sedikit dan mengambil masa untuk menghilangkan parut yang ada. Vitamin E yang terdapat dalam produk mederna dapat membantu kulit muka korang supaya kembali pulih,tegang, dan melicinkan kulit.

Boleh dapatkannya di watson, guardian, dan farmasi. Pakai selama dua ke tiga kali sehari. Ia berbentuk cecair lutsinar, senang serap, tak berminyak dan tak nampak seperti krim. Terdapat dua jenis saiz iaitu 20gm berharga RM36.80 dan 50gm berharga RM69.90 juga boleh dapatkannya di Lazada.

Korang kalau ada parut rasa mempengaruhi tak kehidupan seperti menjejaskan aktiviti harian, masa, tenaga dan duit kerana terpaksa deal dengan masalah muka. Kadang-kadang rasa buntu dan tak tau nak buat apa sebab tak jumpa cara yang boleh membantu menghilangkan parut tak? 

Produk yang paling aku suka adalah Azanis sebab ia memberi kesan paling pantas dan cepat, bagi sesiapa yang ada jerawat atau jerawat kerap naik, boleh cuba Azanis ni beli dan simpan buat stock sebab senang kalau naik je jerawat tinggal sapu dan takyah risau lagi dan tergesa-gesa cari produk hilangkan parut. Lagipun, merawat adalah lebih baik jangan tunggu teruk baru nak cari produk itu, ini susah nak hilang nanti. 

Bagi sesiapa yang tak tahu waktu bila yang sesuai di gunakan, caranya ialah sapu pada waktu pagi dan malam sekerap mungkin yang diperlukan. Ini amaran, Azanis boleh di gunakan pada kulit yang sudah kering daripada luka kalau baru kemalangan ke jangan guna sebab luka tak kering lagi. Ia tak boleh digunakan pada kulit yang sudah rosak.

Selain dapat mengekalkan rupa paras yang cantik. Kita akan dapat kulit wajah yang elok serta dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup. Selain itu, boleh beli online Azanis Scar Serum . Nak beli sebotol ke dua botol ke pun boleh. kalau jerawat naik senang tinggal sapu je. Sempat lagi nak hilangkan bekas jerawat atau parut sebelum raya.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.