Header Ads

Shell-out murah di Seafood Cajun Kuala Selangor


Shell-out murah di Seafood Cajun Kuala Selangor, ia bersebelahan Apps Hotel. Seafood Cajun adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan laut dan berkonsepkan tepi pantai. Kesemua pekerja mereka sangat ramah semasa menghidangkan makanan dan bahan-bahan yang digunakan adalah produk tempatan. 


Apps Hotel dan restoran dibuka kepada orang ramai pada tahun 2013. Tempat ini sangat selesa dengan suasana yang tenang, penyediaan meja asas dan kerusi, serta meja bulat bagi pelanggan untuk menikmati hidangan yang disediakan. 



Shell-out ini berdekatan dengan kelip-kelip, ia juga salah satu tarikan yang menarik. Lepas makan di Shell-out korang boleh tengok cahaya kelip-kelip tetapi satu bot minimum boleh naik 6 orang


Kalau korang nampak kereta kuning depan Shell-out Seafood Cajun dah betul tempatnya
Hidangan ini datang dengan 4 pilihan sos, Asam pedas, Butter Lemon, KamHeong dan Original Cajun BBQ. Terdapat pelbagai menu yang ada, korang boleh memesan bahan-bahan makanan laut sebagai satu set, ala carte atau walaupun dalam versi 'Sizzling'. Setiap hidangan, mereka akan menyediakan sos yang di pilih oleh pelanggan di masukkan dalam beg plastik dan di letakkan ke meja pelanggan.


Bila dah selesai makan, kertas dekat atas meja akan di buang terus tak kan nak guna lagi dah kotor.  Selain itu, Ia akan menjadi menarik untuk pelanggan, mereka akan ubah dan memperbaiki menu supaya lebih menarik.


Kalau takut penuh, korang boleh call je untuk reserve kemudian tak perlu nak rushing semasa drive


Ini antara menu yang disediakan di shell-out seafood cajun. 

Makanan lain yang disediakan seperti Fries Perancis Cheezy, Honey Chicken Wings, Calamari Cincin, Butterfly Udang, Melawati Banana Split kepelbagaian dalam menu utama baru. Walaupun Signature Coconut Prawn, Nyonya ikan kukus, goreng rangup Kangkong & Homemade Pandan Chicken telah hidangan pada 3 tahun yang lalu ia tetap menjadi kegemaran pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan yang lazat ini.





Terdapat 4 jenis sos yang aku dah terangkan sebelum ini, korang boleh pilih mana-mana untuk menjadikan hidangan shell-out dan menjamu selera bersama rakan-rakan atau keluarga.


Kesemua hidangan laut adalah makanan laut yang segar, patutlah rasa sedap je. Rasa manis pada ketam, udang, ikan, sotong dan makanan laut yang lain tidak hilang. Orang kata kalau masak hidangan yang manis segar lagi sedap, jadi bagi sesiapa yang nak makan makanan yang segar dari laut kena datang sini.





Nampak menyelerakan tak kesemua hidangan ini, bila tengok gambar ni rasa nak pergi makan shell-out lagi je. Pertama kali makan tak tau pula rasanya sedap, next time kena ajak keluarga sekali makan barulah meriah makan ramai-ramai.

Hiasan yang cantik dan penyediaan makanan yang sedap yang disediakan oleh Chef Man dan Chef Steven begitu menarik. Pengarah Pemasaran, Kishen Sreedharan memperkenalkan konsep keseluruhan Kuala Selangor. Makanan yang sedap ditambah mengamalkan 'Sea di meja' konsep di mana semua makanan laut segar menjadi hidangan istimewa supaya rasa yang segar tidak hilang semasa makan.



Aku bukan jenis yang suka ratah sayur je, tapi bila makan sayur ni rasa sedap je. Bila kita mula mengunyah tak rasa pahit pun rasa rangup macam makan kerepek, nak dekat habis jugalah makan nasib ingat orang sebelah kalau tak memang dah habis la makan sambil whatapp mana nak sedarnya.

Harga bermula dari Rm 39.90+, korang boleh menikmati perjalanan yang baru dalam kegilaan makanan terkini. Disediakan dengan ruang letak kereta yang mencukupi, kemudahan surau, kerusi bayi dan juga boleh dimuatkan dalam 700 pelanggan dalam satu masa yang merupakan ruang terbuka. APPS Hotel adalah hotel 100 bilik di lokasi yang strategik di sekitar kawasan pusat perdagangan Kuala Selangor.



Bagi mereka yang nak stay di Apps Hotel, boleh booking dulu, yang bercuti tanpa sengaja tu korang boleh tanya di kaunter di bawah. Mungkin ada yang nak tau apa tempat menarik di Kuala Selangor boleh stay di Apps Hotel.

Ia mengambil masa 45 minit memandu dari tanah besar kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Lebuhraya Selangor KL-Kuala (LATAR Expressway). Kemudahan di tapak untuk memuaskan hati tetamu termasuk tarian untuk kemudahan bankuet & acara, perjalanan Firefly & Eagle Feeding menaiki bot. Harga bilik bermula dari RM 65 +. Boleh membuat tempahan dengan menghubungi restoran 03-32.772.172.

Maklumat lanjut:

Alamat:  
12, Jalan Semenanjung Utama 1, Peninsula Park, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. 
Website
Facebook

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.