Header Ads

Veet Sensitive Touch


Veet Sensitive Touch adalah satu produk yang sebenarnya di sukai oleh para wanita. Lagipun Veet ini di reka khas untuk mengurangkan kesakitan di bahagian-bahagian badan yang sensitif, seperti muka, miss v dan ketiak.

Walaupun benda ini rasa malu nak cerita tapi ia adalah normal bagi semua orang, bila kita tumbuh bulu rambut di tempat-tempat tertentu akan menyebabkan tidak selesa seperti gatal-gatal dan mudah berbau di tempat tersebut. Veet sensitive touch ini direka supa memudahkan seseorang menghilangkan bulu rambut sama ada lelaki dan perempuan.

Takkan orang perempuan je nak rasa selesa jadi yang lelaki pun boleh guna cuma kulit perempuan ini lebih sensitive berbanding lelaki. Oleh itu, aku faham sangat perasaan wanita bila di tumbuhi bulu rambut di kawasan zon intim mahupun di celak ketiak, memang tak selesa.



Rasa macam terlucah sikit artikal kali ni tapi ini juga untuk kesihatan dan keselesaan semua para wanita yang sedang mencari produk memudahkan mereka membersihkan tanpa rasa sakit. Sedikit sebanyak perkongsian aku ini dapatlah membantu korang yang sedang mencari produk membuang bulu rambut.

Mungkin ada yang dah tahu tentang Veet cuma tak tahu kegunaannya dan masih was-was untuk beli di pasaran. Selepas dah tahu, lepas ini orang tak payah guna pencukur atau penyepit untuk mencabut, sakit tau lepas tu pernah rasa pedih sebab tak perasan terguris. Agak menyeksakan juga bila nak basuh ada juga terjerit kecil. Bayangkan kalau aku meraung takut kecoh satu rumah sebab benda kecil ini makin malu jadinya.

KEGUNAAN
  • Cepat dan mudah : memotong bilah Its tidak menyentuh kulit, jadi jangan takut untuk menyakiti. 
  • Ketepatan Tinggi : aksesori khas untuk mendapatkan bentuk yang betul dan gaya
  •  ideal untuk cepat touch-up, di mana sahaja.

Setiap jenis ada kegunaan tersendiri, aku harap bila korang dah beli Veet ini dapat gunanya dengan baik mengikut jenis yang ada. Lepas itu, boleh share dengan kawan-kawan yang sedang mengalami ketidak selesaan sebab di tumbuhi bulu rambut.


APA YANG TERDAPAT DALAM BEKAS VEET IALAH :
  • 1x Beauty Styler
  • 1x 2-sided precision head for optimal eyebrow shaping
  • 1x Bikini trimming head
  • 2x Comb attachments
  • 1x Styler cap
  • 1x Cleaning brush
  • 1x Beauty pouch
  • 1x AA battery included
Bagi mereka yang tak tahu, ia terdapat jaminan 2 tahun bermula masa jualan. Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak bersihkan Veet sensitive touch lepas dah guna. Aku pernah guna pencukur untuk membuang segala bulu rambut lepas itu buang kadang ketuk-ketuk dulu. Veet sensitive touch tak perlu buat macam itu.

Terdapat berus pembersih yang dibekalkan untuk membersihkan pisau. Kedua-dua veet sensitive touch ini boleh dicuci dengan air untuk pembersihan, kemudian dilap kering. Korang tidak perlu bilas kesemuanya produk Veet dalam air. Bagi yang berminat korang boleh dapatkannya dengan segera lagipun ia mudah di gunakan. Biasa di pasaraya besar ada jual tak pun korang boleh pergi guardian atau watson.

No comments

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.