Header Ads

Pelancaran Xiaomi Redmi 4A di Lazada



Pelancaran Xiaomi Redmi 4A, di Berjaya Times Square hotel. selepas sampai aku daftar ke kaunter dan seterusnya terus pergi ke meja yang terletaknya telefon pintar  Xiaomi Redmi 4A, agak mengkagumkan kerana ia sangat cantik. Kemudian kami di peri penerangan tentang  Xiaomi Redmi 4A banyak fungsi telefon pintar ni, zaman semakin moden takkan takde telefon tak upgradekan.

Seronok je dengar penerangan tersebut. Habis ke taklimat pihak lazada ada buat contest iaitu snap dan share gambar bersama produk Xiaomi, bukan main semangat lagi mereka ambil gambar. mana tak nya hadiah yang di tawarkan sebuah telefon bimbit Xiaomi Redmi 4A memanglah dorang bersemangat.



Selain itu, ada juga aktiviti cabutan bertuah. bila nombor di sebut masing-masing tak sabar tunggu giliran termasuk aku. Hampir teruja juga sebab nombor yang mereka sebut dah nak kena lagi sikit je tau. 

Nombor 18 dan 20 tak jauh pun tapi sayang sangat nombor tak di sebut-sebut. Antara hadiah yang di tawarkan untuk cabutan bertuah ialah telefon pintar  Xiaomi Redmi 4A dan voucher Lazada dua-dua best walaupun dapat salah satu beruntung sangat daripada tak dapat langsun, tapi dah namanya cabutan bertuah mereka yang tuah je dapat.



 Xiaomi Redmi 4A mempunyai tarikan tersendiri dengan siri terbaru dan kualiti yang bagus untuk korang lakukan kerja, bermain video game dan tengok video. Skrin HD dan bateri 3120mAh yang bagus, serta berat hanya 131.5g, jadi mudah untuk korang bawa ke mana-mana saja. Ia juga mempunyai 64bit Qualcomm Snapdragon 425 pemproses dan MIUI 8. Bagi mereka yang nak beli harga hanya RM449 murah kan. Untung korang kalau beli cepat sebab murah boleh jimat.

Hardware Overview

Xiaomi Redmi 4A mempunyai 2GB RAM, Adreno 308 GPU, dan juga 16GB penyimpanan di perkembangkan melalui kad microSD (sehingga 128GB). Xiaomi Redmi 4A pek 3030mAh bateri / 3120mAh (tipikal) bateri tidak boleh ditanggalkan,  dan mempunyai HD 5-inci (1280 * 720 piksel) paparan dan pek Cortex A53 quad-core Qualcomm Snapdragon 425 64-bit pemproses, kekerapan sehingga 1.4GHz.



Kamera

13 megapiksel belakang dengan LED flash, f / 2.2 aperture, mod panorama dan menyokong 1080p rakaman video HD penuh. Kalau bab gambar orang perempuan ni suka, sebab dorang suka tengok diri sendiri cantik itulah sebabnya tenting kamera yang cantik bagi wanita.

Redmi 4A mempunyai screenshot album dan album berasingan. foto Panorama juga boleh dipersembahkan dalam way. Kamera 5-megapixel dan juga yang menyokong pengiktirafan muka.
Dwi-SIM Redmi 4A hibrid datang dengan slot SIM yang menyokong satu Micro-SIM dan lain-lain Nano-SIM bersama kad microSD.



Design

Xiaomi redmi 4A mempunyai paparan HD skrin kapasitif 5.00-inci dengan resolusi 1280 piksel oleh 720 piksel, 296PPI. Di bahagian depan, 5-inci skrin HD Redmi 4A mempunyai kualiti imej yang sangat baik dan juga melindungi mode agar ia nampak sentiasa cantik dan kemas.

Warna

Telefon pintar  Xiaomi Redmi 4A inidatang dengan dua warna iaitu Gold dan Rose Gold, tengok warna pun dah nampak menarik sebab kebiasaannya telefon pintar yang di jual selalunya mempunyai warna hitam, putih dan merah. Untuk melihat kelainan ia datang dengan warna yang sangat menarik itula kelainan dan keunikan  Xiaomi Redmi 4A.



4G dual Sim slot

sokongan dua kad sim untuk menghantar dan menerima panggilan dan mesej daripada dua nombor yang berbeza. Kalau korang mempunyai satu kad sim korang ada pilihan untuk menambah kad microSD sehingga 128 GB penyimpanan. itulah kelebihan Xiaomi Redmi 4A bestkan ada telefon macam ini.



Bagi mereka yang nak dapatkan Xiaomi Redmi 4A dengan segera boleh ke website Lazada. Sementara harga tengah murah korang boleh pilih cepat warna yang berkenan takut dah takde pilihan terpaksa ambil warna yang tak berkenan. Maklumat lanjut sila ke website lazada

1 comment:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.