Header Ads

Hadiah Hari Guru Tisu Imaan

Hadiah yang sesuai di jadikan hadiah hari guru, Hari guru adalah hari untuk kita mengingati jasa guru-guru yang mengajar kita tanpa pernah putus asa dengan pelbagai ragam murid.

Sebagai pelajar kadang kala kita ingin membalas jasa guru dengan memberi hadiah kepada guru kelas atau kesayangan.  Pekerjaan sebagai guru sebenarnya bukan mudah walaupun nampak senang.

Anda boleh hias dengan cantik dan beri kepada guru tersayang

Jika kita alami sendiri baru kita tahu besar pengorbanan guru yang berusaha ingin anak didik mereka berjaya. Kadang-kadang guru juga mempunyai tekanan yang amat sukar di atasi terutamanya guru wanita.

Masa depan anak didik guru adalah dengan usaha guru juga. Setiap pelajaran yang mereka belajar perlu faham dengan betul supaya mudah menjawab soalan.



Jika balut macam ni, boleh beri 10-18 orang guru sebab satu kotak ada 18 paket kan dah jimat. Sambil tu boleh promo letak flyer sekali.

PENGALAMAN MENJADI GURU

Masa kecik zira teringin nak jadi cikgu, tengok macam seronok je ajar budak-budak. Mengajar pun setengah hari lepas tu boleh balik. Mula-mula minat mengajar tapi bila lama-lama rasa tertekan pula.

Tertekan dengan perangai budak, itu yang sebenarnya zira tak tahan. Orang cakap senang  biasalah budak macam-macam ragam, anda perlu ada pengalaman sendiri susah ke senang mengajar.




Zira ni jenis yang lembut tapi bila terlalu lembut budak pijak kepala tau. Buat bising sana sini, sampai zira pernah merajuk dengan diaorang "dasyatkan" kemudian tak cakap langsung dengan budak bagi kerja terus keluar kelas.

Kini zira sedar walaupun ada minat sikit mengajar tapi zira tak sesuai mengajar, ada budak siap rayu jangan berhenti dan janji tak buat bising tapi di sebabkan gaji sikit memang makin tak tahan nak mengajar sebab rasa terbeban tak mampu bayar duit pinjaman.


Zira boleh mengajar dalam 3-5 orang je sebab nak focus dan ajar sampai faham tapi tu mustahil masa ada sekolah budak seramai tu. Kalau nak ajar seramai tu buat kelas tuisyen.

Apa-apa pun, tabik dengan semua guru yang mengajar lama dekat sekolah. Biasa sambutan hari guru di sambut meriah dan tentu murid-murid sibuk tanya ibu bapa mereka nak bagi hadiah apa.


Nak share sikit, hadiah hari guru yang sesuai untuk beri kepada guru. Tisu imaan pun boleh di jadikan hadiah, Jika anda beli borong lebih jimat dan boleh tambah bunga untuk nampak lebih exclusive dan mahal


Anda boleh bungkus atau letak sahaja dalam plastik comel. Pakaging sahaja pun dah nampak comel tak perlu bungkus pun tak apa. Untuk maklumat lanjut :-

Instagram : https://www.instagram.com/easy_trave1/
Page : Tisu Viral
No tel : 019-8723577 (ira)

9 comments:

  1. aduh advance nya sekarang hahaha sha suka tisu ni

    ReplyDelete
  2. Wahh menariknya idea..tisu Imaan dah boleh dijadikan hadiah buat guru.. Memang menarik ni berbaloi dapat ni hihihi..

    ReplyDelete
  3. wahh kreatif betul..lawa pulak tengok diorg deko tisu imaan tu buat mcm sebuah gift..

    ReplyDelete
  4. Wah hazirah..satu idea yg menarik jgk buat hadiah tisu dan bunga mcm ni untuk hari guru..btw zaza pun pernah jadi guru taska jgk sekejap..bhenti sbb bkn minat dan nk cari keje lain hehe

    ReplyDelete
  5. wah!!idea best ni..tahun depan nak buat macam ni jugak la..senang sikit kerja nya...kan?

    Akak memang tak boleh la jadi cikgu..Sebab akak garang.hahah

    ReplyDelete
  6. Wow comel juga wrap hadiah macam ini, the tisu memang ada pelbagai kegunaan nya.

    ReplyDelete
  7. Pakej hadiah yang menarik la. Satu kelainan. Ni klau suami hadiahkan pun dah rasa happy dah.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.