Header Ads

Printcious - Online Gift Shop

Printcious - Online Gift Shop, Sekarang semua dah pakai digital, semua orang juga semakin sibuk dengan urusan harian sehingga kadang tak sempat nak shopping. Masa zira sekolah dulu memang suka bagi hadiah dekat kawan bila hari jadi diaorang. Balik sekolah mesti singgah kedai cenderahati walaupun masa sekolah tak berduit sangat bagi zira masa tu ke ikhlasan memberi itu penting tak kisahlah murah ke mahal.



Kita mesti happy bila ada orang ingat hari jadi kitakan. Kadang terharu pun ada, sampai sekarang simpan hadiah yang diaorang bagi tapi yang sedihnya bila kakak kemas laci tak bagitau pun semua dia buang. Kenangan tu, zira bila orang bagi sesuatu memang akan simpan sebab kita tak tau orang itu akan bagi kita hadiah lagi ke tak, itulah kenangan yang ada tapi sekarang kena ingat kenangan tu dalam kepala.


Dulu ibu bapa kita tak dedahkan anak diaorang dengan gadget nak beli telephone pintar pun tak mampu, kalau nak telephone tanya tentang kerja rumah pun telephone pakai phone rumah. Jadi, kita tak tahu tentang barang-barang online. Bila kita dah besar kita yang belajar semua itu dengan sendiri kadang atas pengaruh kawan pun ada, kawan juga yang ajar kita tentang internet. Dah sambung belajar dekat kolej / universiti juga membuatkan kita nak tau tentang internet.


4 LANGKAH MUDAH REKA HADIAH ISTIMEWA

  • Pilih produk anda
  • Muat naik gambar atau reka design sendiri
  • tambah dan letak teks
  • buat pesanan


Sekarang bila dah tau macam mana nak shopping online, macam-macam zira beli sampai dompet pun boleh menangis sebab suka shopping online yang paling best bila ada promosi atau penghantaran percuma, laju je shopping sebab dah lama idamkan barang tersebut. Nak tau baru-baru ni juga zira beli hadiah untuk diri sendiri sebab tak ada yang bagi hadiah, beli online je seronok pula beli hadiah online macam dapat dari orang sebab kena buka bungkusan hadiah.


Zira juga nak memperkenalkan dekat korang kedai hadiah online malaysia yang memudahkan anda untuk shopping hadiah yang di inginkan. Hadiah macam ni memang susah nak jumpa di kedai biasa. Terutamanya yang memang jenis homemade kebanyakkannya ready made. Kedai hadiah kreatif Malaysia ini anda boleh buat tempahan bila-bila masa sahaja tak perlu tunggu tempahan yang banyak. 




Printcious - Online Gift Shop


Printcious ini adalah sebuah kedai online yang menawarkan perkhidmatan kedai cenderahati yang istimewa sebab ia di buat khas untuk penerima satu saja yang ada di dunia ini kerana itulah ia sangat istimewa, mesti yang menerima terharu. Kalau zira yang dapat bila terharu kadang boleh sampai keluar air mata sebab bukan semua orang bagi hadiah dekat kita dan ingat hari jadi kita. 


Budak zaman sekarang ni pun dah pandai shopping online, makin maju diaorang tak macam zira sebelum balik rumah singgah beli hadiah untuk kawan lepas tu baru balik rumah. Kedai offline dan kedai online masing-masing ada kelebihan. Apa yang bestnya kedai offline bila beli hadiah terus dapat dan boleh terus bagi dekat kawan dekat sekolah.




Kedai online pula yang bestnya macam-macam boleh pilih bila dah besar ni kawan semua duduk jauh nak pos hadiah pun takut tak sempat tapi dengan printcious anda boleh buat tempahan dan pos terus ke rumah kawan anda atau teman istimewa, anda tak perlu pergi pejabat pos cuma pilih design yang di kehendaki design cantik-cantik dan beri alamat untuk di pos.



Jika anda mencari pesanan pukal cawan terbaik, jangan lupa untuk menghubungi mereka atau jika anda mempunyai pesta ulang tahun yang akan datang dan ingin memberi tetamu anda hadiah istimewa, kedai photo booth adalah kenangan yang terbaik anda. Jangan lupa untuk klik di sini juga Button Badges Malaysia Pesanan mug bewarnaPesanan pukal magic mugPesanan pukal Lanyard,dan Pesanan pukal Mousepad

Kami juga mengalu-alukan sebarang penajaan untuk mendapatkan penaja untuk acara mereka. Jangan ketinggalan untuk merebut peluang besar ini dengan klik di sini Penajaan untuk pelbagai acara. Sekarang ada diskaun 40% dan penghantaran percuma untuk pembelian RM50 atas. 


Printcious pernah bekerjasama dengan USM, UTM, OUM dan lain-lain sebagai penaja acara korporat terima kasih atas sokongan anda. Mereka juga telah  menaja ratusan organisasi dari pelbagai industri serta berkhidmat kepada masyarakat selama empat tahun yang lalu. Selain itu, mereka juga ingin membantu mereka yang memerlukan dan untuk memastikan objektif dipenuhi. Printcious juga boleh didapati di Singapore, Australia, Hong Kong, Kanada, Filipina & Taiwan. #printciousgifts

9 comments:

  1. terbaek servis ni. ejulz pun nak print nanti. Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. singgah sini! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/ragam-customer-online-yang-annoying.html

    ReplyDelete
  3. Printcious ni sllu gak order..sng dan cepat penghantarannya

    ReplyDelete
  4. Pernah tmpah jugak dengan printcious ni. Kualiti brg dia terbaik.

    ReplyDelete
  5. Mudah dah sekarang, beli online jer kan

    ReplyDelete
  6. Memang dah banyak order dengan Printcious.Servis terbaik dan cepat.Produk pun berkualiti.

    ReplyDelete
  7. Suka juga dengan printcious ni. Sebab boleh deco hadiah sendiri kan. Harga pun ok.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada servis printcious ni.. Mcm2 boleh buat dgn rekaan sndri... Harga pon not bad murah kan..

    ReplyDelete
  9. Oh yes! I memang suka personalize gifts and items like this.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.