Header Ads

Resepi Tteokbokki / Toppoki

Resepi tteokbokki / toppoki. Resepi ini sangat mudah tapi nak cari bahan untuk buat sos bukan senang sebab biasa ia hanya ada di kedai Korea, namanya gochujang. Ia lebih kurang Sos segera yang tak payah kita bancuh segala bagai hanya panaskan dan tambah sedikit air.



Kalau anda macam zira ni yang dah lama teringin nak makan tteokbokki tapi bahan tak jumpa, memang telan air liur je la tapi ahamdulillah jumpa juga resepi untuk buat Sos dengan bahan lokal yang boleh di dapati di pasaraya berdekatan.

Bahan-bahannya adalah :-

Resepi tteo

Minyak bijan
Tepung pulut
Air
Garam

Sos atau pengganti gochujang


Tepung ketan/ Tepung pulut
Air
Serbuk cili atau cili blander
Gula
Garam
Bawang putih
Bawang merah
Kicap masin
Bijan
Asam jawa
Sos tomato
Daun bawang

Bukan senang nak cari resepinya tau, bahan yang jumpa mesti lain banyak kali juga tengok resepi yang ada dekat youtube dan google semua berbeza-beza ada satu resepi memang simple tapi rasa mungkin sedikit berbeza sebab ada yang menggunakan tepung beras walaupun nama kek beras tapi anda harus pakai tepung pulut sebab zira pakai tepung beras tak sedap kelat pula tu.


Ini sedia untuk kukus, konon nak buat sarapan sediakan bahan dahulu sebelum pergi kerja esok tinggal masukkan bahan yang ada, tapi kena try and error sebab pertama kali buat. 

Nak buat bentuk ni pun dah penuh cabaran, ada ke abah kata macam bentuk taik kucing, cuma ini warna putih katanya kalau warna coklat atau kehijauan dah sama serupa taik kucing. Aduh, abah ni bagilah semangat sikit. Taulah bentuknya senget-senget, ada yang macam ulat, boleh di katanya macam bentuk ada sebab masa buat ni tepung dia agak lembik sebab terlebih air jadi terjadilah pelbagai bentuk wujud. Haha

Ada juga resepi yang buat pakai tepung beras mungkin diaorang buat jadi, tapi zira buat memang tak jadi dah siap memang tak boleh makan terasa kelat dekat tekak, nak telan lagilah lain macam. Anda pernah buat bubur candle tak? Kalau pernah tepungnya macam tu, kenyal-kenyal sikit.

Cara-caranya ialah :-
  1. Panaskan air hingga mendidih 
  2. Kemudin masukkan tepung pulut ke dalam air panas
  3. Gaul sehingga rata 
  4. Masukkan minyak bijan
  5. Bentukkan tepung pulut tersebut menjadi kek beras bentuk panjang-panjang. 
  6. Kalau nak simpan, anda boleh kukus terlebih dahulu apabila sudah sejuk boleh masukkan ke dalam bekas simpan dalam peti ais, kemudian esok boleh rebus. 
Cara-cara membuat Sos 
  1. Masukkan tepung dan air, menggunakan air panas gaul hingga rata. Hanya letak sedikit. 
  2. Buka api dan panaskan air hingga mendidih
  3. Masukkan serbuk cili atau cili blander 
  4. Kemudian masukkan bahan seterusnya seperti gula, garam, Sos tomato, asam jawa dan kicap masin. 
  5. Gaul hingga rata. 
  6. Apabila sudah masak Sos tersebut anda boleh campurkan kek beras ke dalam Sos, boleh juga tambah bahan lain seperti fishcake, sayur atau mee Maggie. 
  7. Siap, anda boleh hidangkan dan untuk hiasa boleh tabur bijan ke atas tteokbokki dan letak sedikit daun bawang. 
Nampak sedap bukan, haha. Okey Sos yang ini memang dah jadi tapi tepung tu tak sesuai, tadi dah terangkan tepung apa yang sesuaikan jadi anda boleh pakai tepung yang zira cadangkan tadi. 

Sudah siap, boleh makan bersama ahli keluarga atau rakan. Makanan ini juga mudah di masak. Anda boleh membuatnya ketika masa lapang, boleh juga di jadikan satu bisnes. 

Cara membuat gochujang anda sudah tau jadi tak perlu bersusah payah cari tinggal buat sendiri bahan yang ada di kedai atau pasaraya. Sos Korea ini sangat susah untuk kita cari, kalau anda berminat untuk masak tteokbokki boleh ikut resepi yang zira kongsikan tadi. Selamat mencuba. 

2 comments:

  1. Sekarang memang trend la makanan-makanan Korea ni. Even K-Fry dekat IOI tu pon ramai sanggup beratur panjang

    ReplyDelete
  2. wahh macam2 makanan korea sekarang kan.Hai kak . Rabia singgah sini tau.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.