Header Ads

Sajian Citarasa Dua Sempadan di Laman Kayangan Shah Alam

Sajian Citarasa Dua Sempadan di Laman Kayangan Shah Alam, bila puasa nak dekat ni mesti macam-macam nak makan, mana taknya perut dah lapar tengok semua makanan rasa sedap je kan. Citarasa dua sempadan ini adalah gabungan makanan Thai dan Utara Malaysia jadi bila bika puasa korang tak perlu pergi restoran lain kalau nak makan makanan Thai.

Seri Segi Group Sdn Bhd ingin memberi peluang kepada orang ramai untuk berbuka puasa secara beramai-ramai di Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam sempena dengan Ramadhan. Sebelum ini mereka membuat konsep Asean Bazar. Laman Kayangan sentiasa menjadi pilihan orang ramai kerana pelbagai aneka masakan yang di hidangkan sengan susana yang selesa.


Juadah berbuka puasa yang akan dihidangkan secara buffet, membuatkan orang ramai boleh memilih makanan yang mereka suka. Aku pun suka tengok pelbagai makanan yang dihidangkan boleh pilih dan tak akan jemu tengok dua ke tiga jenis makanan je.


Kalau ada pelancong dari luar negara , mereka boleh rasa makanan dari dua negara ni nampak sangat unikkan masakannya. Yang paling jimat korang boleh menjamu selera semua menu makanan yang disediakan dengan hanya sekali bayar. Bestkan nak makan banyak pun boleh sampai buncit perut tapi cover sikit takut orang tanya berapa bulan?

Hanya RM59.00 seorang untuk dewasa dan RM35.00 seorang untuk kanak-kanak dan warga emas. Bagi mereka yang membuat tempahan awal sebelum 25 Mei 2017 korang boleh dapat harga promosi bestkan dapat jimat pada bulan Ramadhan iaitu dengan harga RM45.00 seorang dewasa.


Apa yang istimewanya bukan pakej perseorangan je ada, Laman Kayangan juga menyediakan pakej Buffet Ramadhan untuk berkumpulan sama ada korporat, badan kerajaan dan sebagainya. Kalau korang nak buat untuk reunion pun boleh jimat bila buat tempahan awal dan makan beramai-ramai.


Antara menu makanan citarasa Malaysia yang disediakan adalah Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, Sup Tulang, Ayam berempah, ikan lemak tempoyak, daging acar dan banyak lagi. manakala menu makanan citarasa Thai pula ialah Nasi Goreng Nenas, Ayam kari Hijau Terung Pipit, Daging Musamman dengan Rebung ( NeuxMusammanNhoMaopai) Ikan daun selasih dengan cili dan juga pelbagai sos yang disediakan.



Senarai harga Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan Shah Alam

  • Pakej 5 dewasa RM295 dan percuma 2 kanak-kanak / warga emas
  • Pakej 9 dewasa RM531 dan percuma 1 dewasa

Pakej Berbuka Puasa Buffet Korporat/Berkumpulan

  • Pakej 10 meja - RM5,900 percuma 1 meja dan 100 special doogift
  • Pakej 50 Meja - RM29,500 percuma 1 meja, 500 special doorgift, 5 'Raya' Hampers, 2 Bunting dan Screen Projector & P.A System

Menu Buffet Ramadhan yang di sediakan Laman Kayangan Shah Alam 2017 ialah :-

CITARASA MALAYSIA


Pembuka selera

5 jenis pelbagai kerabu , ikan pekasam, cili bawang, ikan masin/ telur masin, cucur udang, kuah kacang, sambal kering ikan bilis

Sup
Sup tulang + daging / Ayam Berempah


Menu Utama
Nasi Putih, Nasi Special Segi Seri, Ayam Gulai Darat dengan rebung, Daging Acar dengan cili Hijau, ikan lemak tempoyak dengan belimbing buluh, Makanan Laut Sambal dengan Petai , Gulai lemak Pisang dengan Ikan bilis.


Dari Batas Bendang
Nasi putih, Ikan Air Tawar / ikan masin / Ayam Goreng, Soo Hoon Fu Cuk  Masak Lemak Tauhu, Ulam-ulam Kampung, Sambal, belacan Keropok lekor, Penjan Ubi Kayu kukus Sambal

Mee Laksa
Laksa Kuala Penghelih / Mee hoon Sup Kanchut


CITARASA THAILAND

Pembuka selera
Ayam Fellit, Goreng Garing (kainer krop), 5 jenis asam buah-buahan ( Ha Praped Pho Lamai), kek pedas ikan (Khekplarudped), Keropok Lekor ( Khaw Kried Pla), Steamboat in Bamboo basket ( Khriow  Naitakra Mai Phaiy)

Sup
Tomyam putih / Merah / Pong tek ( Na sup Timya)


Menu Utama
Nasi goreng Nenas (Khaw Phad Sapparod), Nasi Putih (Khaw Khaw) Ayam Kari Hijau Terung Pipit ( Kaeng Kheiywhwan Ki), Daging Musamman dengan Rebung ( Neux Musamman Nho Maopal), Ikan daun selasih dengan cili (Plabai Pakapow), telur bungkus ( Khai Ho) , Seafood Masak pedas ( Aahan Taale Priow Ped)

From The Wok
5 jenis aneka sayur-sayuran , 2 jenis sos istimewa ( si praped Khong Phakkap Song Praped) , 2 jenis campuran daging ayam& sayur-sayuran, dengan sos padprik / Masak Merah (Song Praped Nerd Lep had), Ikan celup tepung, (Pla cum Peng)


Noddle
Mee celup / Spicy Thai Noodle Soup (Noodle with spicy soup) Vegetable and Chicken ( Phed Sup Kwaylaw Thai)

BBQ Station
Ayam Percik (Chicken Fillet, Grill Marinated Sliced Mutton Chop, BBQ Sausage, Sos BBQ, Sos Lada hitam, Sos Pudina


Special Stall
Murtabak King, Fussion Pasta, sos kari ayam dan sos seafood padprik, ice cream & ABC station

Terdapat juga kambing bakar dengan tiga sos isitimewa, tahun ini korang memang beruntung dapat makan hidangan yang enak dan sedap serta hidangan dari 2 negara. Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 019-250 3090 / 012-253 3973 / 012-387 1775 / 019-376 0149

Laman Web : www.lamankayangan.com
facebook : www.facebook.com/lamankayanganshahalam
instagram : www.instagram.com/lamankayanganshahalam

2 comments:

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.