Header Ads

Pesona Aura Membantu Kenali Warna Dalam Kehidupan Harian

Persona aura membantu kenali warna dalam kehidupan harian, sebanarnya warna ini sentiasa berpusing dan sangat berkait rapat dengan warna-warna kehidupan harian kita. Zira pun baru tau warna juga dapat sedikit sebanyak membantu masalah yang kita hadapi yang kita tak pernah tau.

Aura warna sangat penting untuk kita tahu, mana yang sesuai untuk kita pakai dalam kehidupan harian. Ia juga membantu wanita macam zira ni tak tak tau nak pakai baju warna apa bila nak bersiap walaupun banyak baju tapi macam ada baju sehelai je. Kelas persona aura ini juga dapat membuatkan kita jadi seorang positif walaupun dulu kita rasa susah nak hadapi masalah dan ujian yang kita pernah hadapi.


WARNA AURA HARIAN

  • Hari Isnin ialah hari kesucian rohani, hari isnin anda boleh pakai baju warna putih kerana ini memberi semangat hari mula bekerja jangan ikut sangat cara orang barat iaitu Monday blue. Hari ini juga adalah hari yang sesuai anda bercucuk tanam kerana pokok akan lebih segar. Jika pokok bunga anda boleh tengok pokok warna pokok atau bunga yang putih ia lebih mekar dari hari lain.
  • Hari Selasa ialah warna kasih sayang/tumpuan. Hari Selasa ialah hari yang sesuai anda berkasih sayang dan memujuk pakwe/makwe mesti terus reda. Warna merah jambu atau ungu adalah warna yang sesuai untuk di pakai pada hari Selasa.
  • Perhubungan dan komunikasi, hari Rabu anda boleh pakai baju warna biru. Jika ada interview pada hari Rabu anda pasti dapat bercakap dengan baik dengan memakai warna biru.
  • Hari Khamis bermaksud pemikiran dan tenaga. Hari ini anda boleh pakai warna Kuning atau oren. Ia dapat membantu anda dalam masalah wanita jika anda sudah berkahwin.
  • Hijau adalah keseimbangan, hari Jumaat anda boleh memakai pakaian hijau untuk dapatkan ketenangan dalam diri. Jika anda inginkan keharmonian anda boleh berjalan-jalan di taman hirup udara segar.
  • Hari sabtu adalah keberanian atau kemewahan jadi jika anda ingin melakukan aktiviti anda boleh buat hari Sabtu. Warna merah/merah hati jika di pakai hari sabtu boleh membuatkan kita berani melakukan apa jua aktiviti dan yakin dengan apa yang kita lakukan. 
  • Hari Ahad pula, anda boleh pakai warna hitam. Pernah tak anda tengok bila ada kematian ramai juga yang memakai warna hitam? Kerana ia bermaksud gabungan atau istirehat. Selepas kita penat lakukan pelbagai aktiviti kita juga perlukan rehat yang cukup.


Sebenarnya aura warna sangat berkait rapat juga bagi orang Islam sebab ramai yang tak tahu waktu solat juga ada aura warna tersendiri yang kita sendiri tak tahu. Pernah tak anda ada "beguk". Kenapa beguk letak nila di leher? Bagi yang tak tau di bahagian tirod adalah waktu subuh dan ia warna biru. 

Waktu subuh mempengaruhi metabolisma tubuh, ia adalah penawar rezeki sebab itu orang dulu-dulu cari rezeki dan bangun awal. Ia juga mempengaruhi komunikasi kita. Waktu Israk/Dhuha pula mempengaruhi intuisi iaitu tenaga yang aktif pada masa ini tenaga kita masih ada dan boleh melakukan bermacam-macam kerja ini warna hijau. 

Waktu Zuhor pula, ialah warna kuning, masa ini sebenarnya kita tak boleh makan banyak sebab perut kita tak boleh hadam makanan dengan banyak tapi kebiasaanya waktu ini kita biasaaannya makan tengah hari dan banyakkan, sukar untuk kita kurangkan makan jika perut lapar.


Kita boleh memakai pakaian dalam berwarna kuning untuk membantu masalah penghadaman, kata Perunding image bagi wanita yang mempunyai masalah kehamilan boleh ikhtiar juga menggunakan warna. Waktu Asar pula, warna oren frekuensinya pada tubuh badan kita ialah trostet, uterus, ovari, dan testis ia mempengaruhi reproduktif iaitu kreativiti. 

Waktu merah ialah magrib, ia mempengaruhi physical kita di bahagian otot dan saraf tunjang. Bila waktu nak malam iaitu Isyak warna berubah menjadi kelabu dan hitam. Waktu ini kita perlukan rehat dan ia naik ke sistem penjagaan otak iaitu minda. Kita perlukan istirehat, ketenteraman, dan kedamaian.


Qiamulail/ tahajud pula, ialah kelenjar pineal, pituitari, talamus, hipotalamus. Ia mempengaruhi spiritual jiwa. Waktu ini warna putih, kita akan rasa syukur dengan Allah kerana rasa tenang dan damai bila bersyukur. Bukan itu sahaja, kita juga boleh tau macam mana diri kita ada sikap positif ke negetif dengan menguji menggunakan alat khas.


CIRI-CIRI AURA YANG CANTIK 
  • Sentiasa tenang dan ceria
  • Berkeyakinan tinggi
  • Berfikiran positif
  • Sentiasa sihat dan susah untuk jatuh sakit
  • Di senang dan di sayangi orang sekeliling
  • Keseimbangan emosi dan spikologi
  • Hidup sentiasa bahagia
Ini antara aura yang kita boleh tau jika kita menggunakannya dengan baik. Tak ramai kan tahu warna juga mempengaruhi kehidupan kita. Zira pun baru tau, warna-warna ini sedikit sebanyak dapat membantu anda jika pening tak tau nak pakai baju apa tiap hari.



Selain belajar warna, masa seminar sabtu lepas zira belajar cara makeup simple bagi mengelakkan kulit kusam dan tak bermaya. Bila makeup muka pun main peranan penting, main makeup-makeup muka pun boleh nampak ceria. Memang best sangat seminar aura ni. 

Perempuan oh perempuan, suka tenung rak baju kesudahannya ambil baju yang masa mula-mula sentuh. Kadang sampai 10-15minit tengok baju tu tapi biasa zira pilih baju tak tak payah gosok maklumlah nak cepat dan tak ada masa nak gosok-gosok baju nak kena tunggu giliran lagi,sangat lambat nak tunggu kakak gosok. 

Okey, selepas ini Founder Imaan iaitu puan wawa kata nak buat kelas Pesona Image, siapa yang tak tau nak match baju macam mana boleh datang ke seminar ini. Tak perlu beli baju baru match kan pun dah cukup cantik dan macam pakai baju baru. 

6 comments:

  1. Masa kat kolej mmg Sally ade belajar pasal warna & pakaian...tapi ini kali pertama dengar pasal aura warna dalam islam..thanks share tau!

    ReplyDelete
  2. lepas ni bolehlah apply method yang iuzira sharekan ni..

    ReplyDelete
  3. Bestnya zira dapat join class macam ni. Memang rasa semangat la kan bila dah join ni. Kita boleh kenal warna ikut hari hari nya. Tapi kita masa kerja dulu, pakai baju ikut mood. Hehe
    Mana baju yang kita rasa nak pakai. Kita pakai je.

    ReplyDelete
  4. Info yg sgt menarik, x sangka rupanya warna bleh mempengaruhi ape yg kita lalui seharian. Ape yg ayu tau, ada warna2 yg bleh menyuntik semangat pada diri seseorang.

    ReplyDelete
  5. Dulu time kerja TB memang ikut warna2 ni.. huhu.. setiap hari ada warna yang TB akan pakai.. mungkin betul kot kaitan dia dengan aura2 yang dalam entri zira ni.. terasa perbezaan nya jugak..

    ReplyDelete
  6. This workshop is so sweet and thanks for sharing what you've learn too.

    ReplyDelete

Copyright iuzira | Designed By: Shedaucu.com. Powered by Blogger.